Membina amalan dan pemikiran yang sihat

KEJAYAAN dalam kehidupan biasanya dipengaruhi oleh seseorang yang telah berjaya.

Lihat dan kajilah kejayaan yang telah dicapai oleh pelbagai tokoh perniagaan, pemimpin dan ahli akademik. Dalam kebanyakan kes mereka semua menunjukkan keazaman, kekuatan dan ketabahan dalam proses mengejar kejayaan.

Setiap pelajar perlu mempunyai model kejayaan. Setiap pelajar perlu mempunyai model kejayaan.

Ini boleh dilakukan dengan membaca, melihat dan mendengar cerita perihal kejayaan mereka yang telah berjaya.

Membaca buku yang menceritakan tokoh-tokoh terkenal perlulah dijadikan amalan di kalangan para pelajar. Antara aspek yang perlu diberi perhatian ialah:

1. Cara dan kaedah mereka belajar

2. Bagaimana mereka mendaki tangga kejayaan.

3. Dorongan yang mereka perolehi untuk menghasilkan kejayaan.

4. Sifat diri yang dipamerkan oleh mereka

5. Bagaimana mereka menghadapi halangan.

6. Penglihatan mereka dalam pelbagai kegiatan semasa di bangku sekolah.

7. Bijaksana ialah puncak daripada persahabatan yang kekal.

MENJADI PELAJAR YANG POSITIF

Sikap seseorang merupakan mainan minda. Cuba bayangkan suasana yang mempunyai bilangan pelajar yang ramai. Anda terpaksa berkongsi bilik yang sempit dengan tiga rakan yang lain, makanan yang tidak sesedap masakan ibu dan lampu terpaksa dipadamkan tepat pada 11 malam.

Apakah yang boleh anda bayangkan?

Berikut adalah sebahagian daripada jawapan yang diterima:

``Saya akan berhadapan dengan masalah perhubungan dengan rakan sebilik.''

``Tentu saya perlukan wang lebih untuk membeli makanan di kantin.''

``Saya suka bersendirian - sudah pasti saya akan berhadapan dengan tekanan.''

``Saya suka mengulang kaji pelajaran selepas tengah malam, jadi jika lampu dipadamkan lebih awal saya akan menghadapi masalah untuk belajar.''

Jawapan yang diberi merupakan pandangan spontan pelajar.

Hampir kesemua pelajar memikirkan perkara yang negatif terlebih dahulu.

Mereka berebut-rebut untuk menyatakan kesan yang tidak menyeronokkan.

PANDANGAN YANG BERSIFAT NEGATIF

Jika minda anda telah berkata - anda akan menghadapi masalah - sebahagian besar daripada masalah itu telah mula berada di dalam diri anda.

Sikap negatif ini akan memberi kesan kepada perwatakan anda dalam menghadapi proses pembelajaran. Memandangkan sikap seseorang itu bergantung kepada minda, anda perlu melihat sesuatu masalah atau kemungkinan masalah dari sudut yang berbeza.

Bagaimana jika saya melihat kemungkinan keadaan di atas dari sudut yang lain pula, misalnya:

.

``Rakan sebilik yang ramai mungkin boleh membantu saya dalam mata pelajaran yang lemah.''

``Saya akan menukar masa tidur dan bangun lebih awal untuk mengulang kaji.''

``Inilah peluang saya untuk menguruskan badan.''

``Mungkin saya perlu menukar tingkah laku saya supaya lebih mudah bercampur dengan orang lain.''

Saya sendiri terpegun melihat bukti bagaimana besarnya peranan minda dalam kehidupan seseorang.

Sebagai contoh, ketika isteri mengandung anak kedua, hampir semua doktor yang dilawati menyatakan anak yang bakal dilahirkan adalah anak perempuan.

Sehinggakan ada doktor yang mahu bertaruh dengan saya jika anak yang bakal dilahirkan adalah lelaki.

Saya percaya - walaupun mampu disorok - isteri saya agak kecewa dengan perkhabaran tersebut kerana beliau benar-benar berkeinginan untuk menimang bayi lelaki setelah melahirkan anak perempuan.

Semasa tiba saat-saat kelahiran, saya dapat melihat beliau menahan kesakitan. Namun semuanya hilang begitu sahaja apabila doktor menunjukkan bayi yang keluar adalah bayi lelaki. Ia bagai kuasa ajaib yang tidak mampu ditelah oleh saya.

Selain itu, kenalilah diri anda dengan bertanya siapa saya?

Adakah saya jujur?

Adakah saya pemalu?

Adakah saya pendiam?

Adakah saya pemarah?

Adakah saya sombong?

Adakah saya sukar berubah?

Adakah saya suka kepada gosip?

Adakah saya inginkan kejayaan?

Adakah saya bertanggungjawab?

Adakah saya sudah berpuas hati?

Adakah saya inginkan kebahagiaan?

Adakah saya ingin jadi pemenang?

Adakah saya......?

Bertanyalah kepada diri sendiri kerana jawapannya tersembunyi di balik pintu hati anda.

Mesej yang ingin saya sampaikan ialah tekanan, kesakitan kegembiraan, kedukaan atau penderitaan terletak di dalam minda anda.

Isteri saya hilang segala kesakitan kerana beliau lebih menumpukan kepada keseronokan mendapat bayi lelaki.

Jika tidak - mindanya akan merasai segala kesakitan yang telah dilalui semasa dan selepas melahirkan anak.

Malah mungkin lebih teruk daripada yang sepatutnya.

Begitu juga dalam dunia pelajaran.

Pelajar yang bersikap positif akan sentiasa mencari jawapan kepada masalah yang mungkin timbul.

Tidak melihat masalah sebagai beban.

Banyak kajian menunjukkan terdapat kaitan antara mereka yang bersifat positif dengan pembangunan diri pelajar.

Antaranya adalah seperti berikut:

``Pelajar yang bersikap positif lebih bertenaga, bersemangat dan berhati waja.''

``Sikap positif akan menaikkan kadar kreativiti pelajar.''

``Sikap positif akan membentuk personaliti unggul.''

PELAJAR YANG BERSIKAP POSITIF BERSEDIA MENGHADAPI PERUBAHAN

Bersikap positif bukanlah sesenang percakapan.

Dalam kehidupan sehari-hari, kita sentiasa menghadapi banyak rintangan tanpa diduga.

Kehilangan orang yang dikasihi, menghadapi masalah kewangan ketika kita benar-benar memerlukannya, pertukaran guru yang disayangi, dan pelbagai masalah lain boleh menyebabkan pelajar secara tidak disedari menjadi seorang yang bersifat negatif.

Membina sikap positif boleh dilakukan jika kita membebaskan minda kita daripada perkara-perkara yang rumit.

Melihat sesuatu perkara dalam bentuk yang mudah, menggembirakan dan menyenangkan.

Dalam proses tersebut kita mungkin perlu melakukan pelbagai tindakan yang tegas dan berdisiplin. Antaranya adalah seperti berikut:

``Tugas utama sebagai pelajar ialah menentukan kita berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam akademik di samping pembangunan diri. Jangan campur-adukkan dengan pelbagai perkara yang boleh membawa kepada emosi yang tidak stabil.''

Dalam perhubungan kita akan terdapat perhubungan dengan rakan-rakan yang bersikap negatif.

Terdapat dua kemungkinan, sama ada anda dapat mempengaruhi atau anda dipengaruhi oleh mereka. Ada masanya kita perlu menghapuskan perhubungan seumpama ini bagi menjaga sikap positif yang ada pada diri kita.

Memastikan perseimbangan antara keperluan rohani dan jasmani. Jangan jadi ulat buku tanpa mengambil kira aspek-aspek lain. Penumpuan pada satu perkara boleh menimbulkan ketegangan mental dan fizikal. Yang lebih penting ialah sikap bersederhana dalam setiap tindakan.

27 Mac 2009 Posted in | | 0 Comments »

One Responses to "Motivasi 1"

Write a comment