Quantity, Quality and Relevance of Research and Development and Research Training in Science and Technology Activities in Malaysian Higher Education by Educational Planning and Research Division. Kuala Lumpur: EPRD, 1997. Tajuk Terjemahan: Kuantiti, Kualiti dan Hubungan Penyelidikan dan Pembangunan serta Latihan Penyelidikan di dalam Aktiviti-Aktiviti Sains dan Teknologi di Pendidikan Tinggi Malaysia.

Abstrak: Kajian ini mengkaji sejauh manakah penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta latihan penyelidikan yang dijalankan oleh institusi pendidikan tinggi, institusi penyelidikan dan industri-industri di Malaysia. Ia turut mengkaji bentuk kerjasama dan hubungan di antara institusi-institusi ini, bentuk pembiayaan serta kekuatan dan kelemahan di dalam menjalankan R&D dan latihan penyelidikan. Kajian menggunakan kedua-dua kaedah kuantitatif dan kualitatif. Kajian ini dijalankan di universiti-universiti yang menawarkan kursus sains dan teknologi, institusi-institusi teknologi dan penyelidikan, dan industri-industri utama di Malaysia. Sebanyak enam set soal selidik dan empat set jadual temubual ditadbirkan ke atas sampel terpilih. Responden kajian terdiri daripada 84 staf akademik dan 198 pelajar dari 5 buah universiti, 67 staf profesional dari 12 institusi penyelidikan dan 12 industri. Kajian mendapati semua staf akademik di universiti, dengan beberapa pengecualian, menjalankan penyelidikan sebagai salah satu daripada tugas utama. Mereka menggunakan purata masa sebanyak 16.7% setahun untuk tujuan penyelidikan dan menjalankan purata 3 projek seorang. Pelajar universiti pula menjalankan penyelidikan sebagai memenuhi keperluan kursus yang diikuti. Staf profesional di institusi-institusi penyelidikan pula menggunakan lebih daripada 50% masa mereka di dalam kerja-kerja penyelidikan. Bidang penyelidikan yang menjadi prioriti pada umumnya berdasarkan kepada kepakaran penyelidik, kekuatan institusi tersebut, keperluan negara dan permintaan pasaran. Hasil daripada penyelidikan yang dijalankan oleh universiti dan institusi penyelidikan termasuklah penerbitan, persembahan (hasil penyelidikan), laporan teknikal, patent, copyright, perdagangan, kemudahan, penyempurnaan teknik atau proses, dan latihan. Hasil daripada aktiviti-aktiviti R&D oleh industri-industri pula ialah produk dan proses-proses baru. Kajian juga mendapati terdapat hubungan kerjasama di antara institusi penyelidikan dan institusi pengajian tinggi di dalam R&D. Bagaimanapun kebanyakan universiti dan institusi penyelidikan menghadapi kesulitan untuk menjalinkan hubungan tersebut dengan industri. Staf akademik menggunakan di antara 1-35 % masa mereka di dalam latihan penyelidikan. Sebahagian besar daripada institusi penyelidikan memberi latihan di dalam bidang Sains & Teknologi kepada pelajar universiti. Kajian mendapati terdapatnya jurang perbezaan di antara latihan penyelidikan yang diberikan oleh universiti-universiti dan kualiti sumber manusia di dalam aktiviti R&D yang diperlukan oleh industri. Universiti dan institusi penyelidikan bergantung penuh kepada peruntukan kerajaan untuk membiayai aktiviti R&D.

Descriptors: Educational Quality; Educational Research; Educational Development; Research And Development; Science Activities; Sciences; Technology; Higher Education

KP BPPDP 507.2 HAB

27 Mac 2009 Posted in | | 0 Comments »

One Responses to "Tajuk terjemahan"

Write a comment