Kajian Keefisienan Penggunaan dan Pengurusan Makmal Sains di Sekolah Menengah : Kajian Kes oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan. Kuala Lumpur: BPPDP, Februari 1997.

Abstrak: Kajian ini bertujuan mengesan kemudahan makmal sains di sekolah menengah, pengurusan makmal sains, penggunaan peralatan dan makmal sains, kesesuaian makmal dan peralatan sains bagi keperluan semasa, mengenalpasti keperluan dan kesesuaian makmal dan peralatan sains untuk pendidikan sains masa hadapan selaras dengan objektif Kementerian Pendidikan untuk mencapai pendidikan bertaraf dunia. Lapan buah sekolah menengah telah dipilih secara persampelan purposif. Sampel terdiri daripada Pengetua, guru-guru sains dan pembantu makmal. Instrumen kajian adalah temubual berfokus, soal selidik dan senarai semak mengenai makmal sains. Kajian mendapati kebanyakan makmal sains KBSM (teras) masih mengamalkan susun atur lama dan mempunyai perabot yang usang. Penggunaan makmal agak padat kerana digunakan juga sebagai kelas terapung. Di sesetengah sekolah, makmal sains juga digunakan sebagai bengkel Kemahiran Hidup. Bagaimanapun bagi kebanyakan sekolah kes, makmal sains tulen mencukupi dan terletak di bangunan baru. Makmal ini didapati sesuai dari segi keluasan, lokasi dan susun atur. Didapati juga sekolah-sekolah kes yang tidak mempunyai peralatan untuk latihan amali, ataupun peralatan yang sedia ada tidak mencukupi, usang, rosak, ketinggalan zaman atau tidak lengkap. Pada amnya, pengurusan makmal di semua sekolah adalah di bawah tanggungjawab Penolong Kanan, Ketua Bidang Sains atau Ketua Panitia Sains. Pemeriksaan dan penyelenggaraan stok serta aspek kebersihan dan keceriaan dikendalikan oleh pembantu dan PAR makmal. Kajian mendapati penggunaan makmal lebih bertujuan untuk memenuhi kehendak peperiksaan, daripada tujuan menanam dan memupuk minat sains di kalangan pelajar. Kemudahan dan kelengkapan makmal masa kini kurang sesuai untuk menghadapi dan memenuhi pendidikan bertaraf dunia. Berdasarkan dapatan kajian, dicadangkan agar kompleks sains yang khusus dan lengkap dengan kemudahan dan keperluan canggih dibina berdasarkan konsep sekolah bestari. Makmal sains yang sedia ada di sekolah perlu diubahsuai untuk memenuhi keperluan kurikulum sains era tersebut dan dilengkapi peralatan canggih dan berkualiti.

Descriptors: Laboratories; Science Laboratories; Science Education; Secondary Schools

KP BPPDP 371.6234 KAJ.

27 Mac 2009 Posted in | | 0 Comments »

One Responses to "Kajian Keefisienan"

Write a comment