SELAMAT MENYAMBUT HARI KANAK-KANAK
Tempat : Dewan SK Sayong


Read More......
08 November 2009 Posted in | |



Ingatlah!!! Semua Guru …

Jika murid anda hidup dalam kesabaran,
dia akan belajar menjadi penyabar;

Jika murid anda hidup dalam galakan,
dia akan belajar menjadi yakin;

Jika murid anda hidup dalam pujian,
dia akan belajar menghargai;

Jika murid anda hidup dalam persetujuan,
dia akan belajar menyayangi diri sendiri;

Jika murid anda hidup dalam kekasaran,
dia akan belajar melawan orang lain;

Jika murid anda hidup dalam kritikan,
dia akan belajar menyalahkan orang lain;

Jika murid anda hidup dalam ketakutan,
dia akan belajar jadi pengecut;

Jika murid anda hidup dalam iri hati,
dia akan belajar berasa bersalah;

Jika murid anda hidup dalam kejujuran,
dia akan belajar memahami kebenaran;

Jika murid anda hidup dalam keadilan,
dia akan belajar menjadi adil;

Jika murid anda hidup dalam keselamatan,
dia akan belajar menyayangi diri dan orang lain;

Jika murid anda hidup dalam kemesraan,
dia akan belajar untuk menyayangi masyarakat.

Jika murid anda hidup dalam kecurian,
dia akan belajar untuk mengambil hak orang lain.

Jika murid anda hidup dalam kemalasan,
dia akan belajar untuk mencari alasan tidak membuat kerja.

Jika murid anda hidup dalam kekotoran,
dia akan belajar untuk menjadi orang tidak tahu menjaga kebersihan.
























Read More......
01 November 2009 Posted in | |

Video

Majlis Penutup Ihya' Ramadhan
Sambutan Di ambang syawal 1430H/2009
Majlis Perpisahan Guru Praktikum
Tarikh : 18.9.2009
Hari : Jumaat
Masa : 8.00 - 12.00 Tengahari
Tempat : Dewan SK Sayong




Read More......
02 Oktober 2009 Posted in | |

Gambar-gambar guru dan murid-murid di sekolah lama.












Read More......
06 September 2009 Posted in | |

Gambar-gambar pemandangan di sekitar Sekolah Kebangsaan Sayong.


Read More......
Posted in | |



Soalan-soalan PTK

Soalan-soalan PTK diambil di laman web dan dikumpulkan di dalam satu fail zip.
Soalan dalam Hotpotatoes dan fail pdf - mudah membuat ulangkaji tanpa menggunakan buku.

1. PTK kompetensi umum.



2. PTK Kompetensi khusus.





Kitaran Air

Read More......
Posted in | |


Senarai nama pemenang.


Tahun satu (Pertandingan haiwan tersembunyi)

1. Anis Irdina

2. Norasyiqin bt. Zulaili

3. Nur Raudhatul Saqimah

4. Aiman Safwan b. Kassim

5. Khalid Haziq

Tahun Dua (kuiz)

  1. Ahsan
  2. Nurul Hidayah
  3. Nur Aisyah Faiqah
  4. Arissa Nabila
  5. Nur Zatul Akma

Tahun tiga (Kuiz)

  1. Muhd Amirul Irwan b. zakaria
  2. Hanis Normaisyara bt. Radzuan
  3. Nurin Atiqah bt. Haziman
  4. Syarifah Nurul Diana
  5. Abdul hakim b. Mohd Nasir

Tahun Empat (Kuiz)

  1. Wan Anis Amirah bt. Subri
  2. Nur Lisa Ilyana
  3. Nur Fatin Nisa
  4. Nurul Syazlin bt. Mohd Nasir
  5. Maisarah

Tahun Lima (Kuiz)

  1. Essafina bt. Esam
  2. Nurul fazira Nadirah bt. Zainal Anuar
  3. Nur Farah Asnani bt. Muhd Azami
  4. Nursyazana bt. Mohd Fuad
  5. Erny Nazlina bt. Nazari

Pertandingan Paracut ( Payung terjun)

  1. Mohd Farizan Eqmal
  2. Zulfadli b. Zaman Akhir
  3. Mohd Hafiz b. Nawayai
  4. Hasliza
  5. Nurshahida bt. Kamaruddin
  6. Mohd Aiman

Pertandingan mewarna

a) Pra sekolah Mastika

  1. Mohd Arif Syahmi
  2. Mohd Azizul b. Azman
  3. Mohd Iqmal Mustaqim
  4. Mohd Iskandar
  5. Puteri Nurul Atiqah Syahirah

b) Pra sekolah Manja

  1. Nur Qamarina Athirah bt. Mohd Arif
  2. Auni Athirah bt. Abd Malik
  3. Nur Hanis bt. Ahmad Jasdi
  4. Farhana bt. Abd Razak
  5. Jasnez Airen bt. Omar


Read More......
11 Ogos 2009 Posted in | |

PENGUMUMAN
PENGURUSAN SEKOLAH - PORTAL PPD KUALA KANGSAR


PERKEMBANGAN TERKINI WABAK INFLUENZA A (H1N1) DI DAERAH KUALA KANGSAR


Sehingga kini, terdapat pelajar daripada beberapa buah sekolah daerah ini yang didapati positif H1N1.

Sehubungan itu, semua pihak perlu melaksanakan langkah-langkah berikut:,


1. Semua program/aktiviti luar yang melibatkan murid sekolah tidak digalakkan..

2. Pemeriksaan suhu badan adalah digalakkan.

3. Kes-kes yang bersimptom influenza perlu dilaporkan dengan segera.

4. Segala arahan kuarintin perlu dipatuhi bagi memastikan penyakit ini tidak merebak.

5. Semua program lawatan hendaklah ditangguhkan.Sebarang permohonan baru tidak akan diluluskan.


Harap maklum dan Terima kasih atas keprihatinan anda.



Jangkitan Influenza A(H1N1) Di Sekolah Atau Institusi

  1. Anak saya belajar di salah sebuah institusi/ sekolah yang mempunyai kejadian influenza A(H1N1), apakah yang perlu saya lakukan?

Sekiranya institusi/sekolah anak tuan DITUTUP untuk tempoh tertentu, anak tuan hendaklah sentiasa berada di rumah dan memantau kesihatan diri. Pada masa yang sama pihak sekolah tidak dibenarkan untuk mengadakan sebarang aktiviti di dalam tempoh penutupan tersebut

Jika anak tuan mempunyai gejala selesema (influenza-like-illness) yang ringan, beliau perlu sentiasa mengamalkan langkah pencegahan di rumah di samping memantau kesihatan diri menggunakan Panduan menilai tahap kesihatan diri di rumah. Sekiranya gejala berterusan dan bertambah teruk, anak tuan perlu mendapatkan rawatan doktor.

Sekiranya institusi/sekolah anak tuan TIDAK DITUTUP, beliau dinasihatkan untuk mengamalkan langkah-langkah pencegahan bagi mengelakkan jangkitan tersebut

  1. Apakah yang dimaksudkan dengan penutupan sekolah/ institusi?

Apabila sesebuah sekolah/institusi ditutup kerana jangkitan influenza A(H1N1), ia bermakna semua pelajar termasuk guru dan lain-lain kakitangan sokongan dikehendaki untuk berada di rumah.

Ia bertujuan bagi mencegah penularan jangkitan infuenza A(H1N1) dan seterusnya memastikan individu yang mengalami gejala-gejala influenza-like-illness untuk berehat di rumah sehingga pulih supaya orang lain tidak terdedah kepada jangkitan Influenza A(H1N1) ini.

  1. Adakah sekolah yang ditutup perlu dibasmi kuman sebelum dibuka semula?

Tidak. Pada umumnya sekolah akan ditutup dalam tempoh seminggu. Perlu diketahui bahawa virus H1N1 ini hanya dapat bertahan di persekitaran dalam tempoh 48 jam.

  1. Kalau seseorang pesakit positif H1N1 dan telah sembuh, adakah beliau boleh hadir ke sekolah seperti biasa?

Ya, beliau boleh hadir ke sekolah seperti biasa. Secara umumnya seseorang pesakit yang telah mendapat rawatan lengkap, tidak akan menjangkiti orang lain.

Soalan Lazim

1. Apakah yang anda perlu tahu berkaitan dengan jangkitan pernafasan?

Terdapat beberapa jenis jangkitan pernafasan yang sering berlaku dalam kalangan masyarakat iaitu

  • Seasonal Flu / selesema bermusim/ influenza like illness (ILI)
    1. Disebabkan oleh pelbagai jenis virus influenza yang telah sedia ada di dalam persekitaran
    2. Gejala utama adalah demam dan batuk atau sakit tekak serta hidung berair, hidung tersumbat, sakit otot, sakit kepala, menggigil (chills) dan keletihan. Gejala-gejala ini juga dikenali sebagai gejala influenza-like-illness (ILI)
    3. Kebiasaanya jangkitan ini sembuh dengan sendiri dalam tempoh dua minggu dan pesakit akan memperolehi imuniti terhadap jangkitan ini
    4. Jangkitan ini adalah lebih berbahaya jika ia berlaku dalam kalangan inidividu yang mempunyai penyakit sampingan yang lain seperti asthma, diabetes, penyakit paru-paru kronik , obesiti dan kegagalan organ.
  • Common Cold
    1. Disebabkan oleh berbagai jenis virus
    2. Gejala utama adalah hidung tersumbat/hidung berair/bersin/sakit tekak/gatal tekak/batuk dan pesakit mungkin mengalami demam
    3. Gejala ini lebih ringan daripada seasonal flu dan biasanya pesakit sembuh dalam masa 3-10 hari
  • Pharyngitis / radang tekak
    1. Kebiasaannya ia disebabkan oleh jangkitan bakteria atau virus di bahagian tekak
    2. Gejala utama adalah sakit tekak dan demam
    3. Kebiasaannya ia memerlukan rawatan antibiotik dan rawatan simptomatik seperti ubat demam/sakit tekak dan sebagainya
  • Pneumonia/ jangkitan paru-paru
    1. Kebiasaanya ia disebabkan oleh jangkitan bakteria atau virus di dalam paru-paru
    2. Gejala utama adalah demam/batuk berkahak/sukar bernafas

Pesakit perlu mendapat rawatan di hospital

2. Apakah itu penyakit Influenza A (H1N1)?

Influenza A (H1N1) adalah sejenis penyakit berjangkit pada saluran pernafasan yang disebabkan oleh virus influenza A(H1N1).

Virus influenza ini adalah sejenis virus yang baru dan terhasil daripada reassortment (percampuran) genetik virus influenza babi, burung dan manusia.

3. Kenapa virus baru H1N1 ini sering dikaitkan dengan “swine flu” (selesema babi)?
Virus ini dikenali sebagai selesema babi (swine flu) kerana berdasarkan ujian awal makmal ia menunjukkan kebanyakan gen virus ini adalah sama seperti gen virus selesema babi yang berasal dari Amerika Utara.

Walau bagaimanapun kajian terperinci menunjukkan bahawa ia adalah sejenis virus baru yang berbeza dengan virus selesema babi sedia ada.

4. Negara mana yang dilanda penyakit ini?

Maklumat yang ada pada masa ini menunjukkan bahawa kes yang terawal dijangkiti virus ini dilaporkan dari Mexico dan Amerika Syarikat pada April 2009 dan telah terus menular ke negara-negara lain.

Untuk maklumat terkini tentang negara-negara yang dilanda penyakit ini, sila rujuk laman web http://www.who.int/en

5. Apakah gejala virus ini?

Gejala jangkitan virus influenza A(H1N1) adalah serupa dengan gejala selesema bermusim (influenza-like-illness) termasuk demam; batuk, sakit tekak dan gejala lain seperti selesema, sakit badan, sakit kepala, badan berasa sejuk dan lesu. Terdapat juga individu yang dijangkiti virus ini mengalami cirit-birit dan muntah.

6. Bagaimana kita boleh dijangkiti?

Virus ini berjangkit apabila pesakit batuk atau bersin.

Titisan cecair pernafasan yang keluar akan terkena tangan pesakit, permukaan-permukaan (surfaces) atau tersebar ke udara. Seseorang boleh dijangkiti sama ada melalui pernafasan; melalui sentuhan dengan tangan pesakit atau menyentuh permukaan-permukaan yang tercemar dengan titisan cecair pesakit.

7. Bolehkah saya dijangkiti virus H1N1 apabila memakan atau menyediakan babi?
Tidak. Virus H1N1 tidak berjangkit melalui makanan. Individu yang memakan babi atau produk babi tidak boleh dijangkiti oleh virus HIN1. Daging atau produk babi yang dikendalikan dan dimasak dengan betul (160°F/70°C) adalah selamat untuk dimakan.

8. Apa yang perlu saya lakukan jika saya mengesyaki dijangkiti penyakit ini?

Sekiranya anda berasa tidak sihat atau mengalami gejala selesema:

  • Anda dinasihatkan untuk berada di rumah dan elakkan berada di tempat kerja, sekolah atau tempat sesak
  • Berehat dan meminum banyak air
  • Tutup mulut dan hidung bila batuk dan selesema dan, jika menggunakan tisu, buang tisu yang telah digunakan ke dalam tong sampah. Bersihkan tangan segera dengan sabun dan air atau bersihkan dengan bahan cuci berasaskan alkohol
  • Jika anda tidak mempunyai tisu ketika batuk atau bersin, tutup mulut dan hidung dengan dengan lengan dan siku anda
  • Gunakan mask bagi mengelakkan titisan cecair tersebar kepada orang lain di sekeliling anda. Pastikan anda memakai mask dengan cara yang betul
  • Maklumkan keluarga dan rakan mengenai masalah kesihatan yang anda alami dan elakkan berhubung rapat dengan orang lain
  • Seboleh-bolehnya, hubungi pihak kesihatan sebelum ke kemudahan kesihatan bagi membincangkan samada pemeriksaan kesihatan diperlukan

Jika perlu mendapatkan rawatan lanjut ataupun gejala bertambah teruk seperti demam dan batuk/sakit tekak yang berterusan hendaklah segera berjumpa doktor untuk pemeriksaan.

9. Berapa lamakah orang yang dijangkiti boleh menyebarkan virus ini?

Selagi mereka mempunyai gejala penyakit ini. Biasanya sehingga 7 hari dari tarikh mula mengalami gejala penyakit ini terutamanya semasa demam kanak-kanak boleh menyebarkan penyakit ini bagi tempoh yang lebih lama.

10. Bagaimana anda boleh mengurangkan penularan jangkitan ini?

  • Social distancing iaitu menjarakkan kedudukan sekurang-kurangnya 1 meter dengan individu lain serta meminimumkan majlis perjumpaan
  • Adab batuk yang baik (cough etiquette)
  • Kebersihan tangan dengan mencuci cara betul dan lebih kerap
  • Pengudaraan dalam rumah yang baik
  • Kes-kes yang berkomplikasi atau yang berisiko tinggi perlu dirawat di hospital. Pendekatan ini akan memastikan impak negatif penularan pandemik dapat diminimakan
  • Mereka yang bergejala ringan, serta tiada masalah kesihatan, digalakkan berehat di rumah dan hanya perlu ke klinik atau hospital apabila gejala menjadi lebih berat.
  • Kehadiran banyak kes bergejala ringan ke klinik boleh membebankan keupayaan klinik untuk merawat kes-kes yang berisiko yang sebenarnya perlu diberi perhatian utama
  • Mereka yang bergejala perlu memakai mask termasuk mereka yang berisiko tinggi seperti pesakit asthma, obesiti, ibu mengandung, diabetes, dan penyakit kronik paru-paru
  • Majikan dan institusi perlu memantau kehadiran pekerja mereka termasuk mereka yang tidak hadir bertugas kerana sakit

Kejadian kes bersimptom influenza perlu dilaporkan segera kepada Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat

11. Adakah terdapat vaksin khusus untuk melindungi diri daripada Influenza A (H1N1)?

Sehingga kini belum ada vaksin khusus untuk melindungi diri daripada Influenza A (H1N1). Walau bagaimanapun usaha-usaha penghasilan vaksin ini sedang jalankan.

Vaksin sedia ada pada masa ini adalah vaksin influenza bermusim yang TIDAK memberi perlindungan daripada jangkitan influenza A(H1N1).

12. Terdapatkah ubat untuk merawat penyakit ini?

Buat masa ini terdapat dua jenis ubat antiviral iaitu oseltamivir (Tamiflu®) dan zanamivir (Relenza®) yang boleh digunakan untuk merawat penyakit ini. Ubat ini hanya diberikan kepada pesakit-pesakit yang dimasukkan ke hospital-hospital tertentu.

13. Bolehkah antiviral ini mencegah jangkitan influenza A(H1N1) ?

Tidak. Orang ramai dinasihatkan untuk tidak membeli ataupun mengambil antiviral ini bagi tujuan untuk mencegah jangkitan. Pengambilan antiviral yang berleluasa boleh mengakibatkan terjadinya resistan terhadap ubat tersebut. Ini akhirnya mengakibatkan ubat tersebut tidak lagi berkesan untuk merawat jangkitan influenza.

14. Bolehkah kita ke luar negara?

Buat masa ini, Kementerian Kesihatan menasihatkan kepada mana-mana individu yang ingin membuat perjalanan ke luar Negara terutamanya negara-negara yang terjejas supaya mengambil langkah-langkah pencegahan yang sesuai semasa berada di sana.

Sekiranya anda jatuh sakit sama ada semasa berada di luar Negara atau setelah kembali ke Malaysia, segera dapatkan rawatan doktor.

15. Kawan saya baru pulang dari salah sebuah Negara yang terjejas, adakah beliau boleh terus hadir ke tempat kerja atau dikenakan tindakan kuarantin. Apakah yang patut saya lakukan sebagai rakan sekerja?

Sebagai seorang warga kerja yang bertanggungjawab, seseorang yang baru pulang dari luar Negara dan sihat tidak dikenakan tindakan kuarantin tetapi beliau perlu memantau kesihatan diri terutamanya gejala demam/batuk/sakit tekak/selesema.

Sekiranya individu tersebut berasa tidak sihat, beliau hendaklah berehat di rumah sekurang-kurangnya dalam tempoh 3-4 hari atau sehingga beliau pulih.

Sementara itu pihak majikan perlu menasihati pekerja mereka yang mempunyai gejala influenza untuk tidak hadir bagi mencegah penularan penyakit ini berlaku di tempat kerja dan menyebabkan keadaan menjadi lebih teruk.

Pihak majikan juga hendaklah melaporkan sebarang kejadian dalam kalangan pekerja bergejala influenza kepada Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat.

Mengikut Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (1994) majikan bertanggungjawab untuk memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerjanya. Dengan itu adalah menjadi tanggungjawab majikan untuk membenarkan pekerja yang mengalami gejala-gejala influenza-like-illness untuk berehat di rumah sehingga pulih supaya pekerja lain tidak terdedah kepada jangkitan Influenza A(H1N1) ini. Pekerja yang mengalami gejala-gejala influenza- like-illness juga berkewajipan untuk berehat di rumah sehingga pulih supaya pekerja lain tidak terdedah kepada jangkitan Influenza A(H1N1) ini.

16. Anak saya belajar di salah sebuah institusi/ sekolah yang mempunyai kejadian influenza A(H1N1), apakah yang perlu saya lakukan?

Sekiranya institusi/sekolah ditutup untuk tempoh tertentu, anak tuan hendaklah sentiasa berada di rumah dan memantau kesihatan diri. Pada masa yang sama pihak sekolah tidak dibenarkan untuk mengadakan sebarang aktiviti di dalam tempoh penutupan tersebut

Jika anak tuan mempunyai gejala selesema (influenza-like-illness) yang ringan, beliau perlu sentiasa mengamalkan langkah pencegahan di rumah di samping memantau kesihatan diri menggunakan Panduan menilai tahap kesihatan diri di rumah. Sekiranya gejala berterusan dan bertambah teruk, anak tuan perlu mendapatkan rawatan doktor.

Sekiranya institusi/sekolah anak tuan tidak ditutup, beliau dinasihatkan untuk mengamalkan langkah-langkah pencegahan bagi mengelakkan jangkitan tersebut

17. Adakah sekolah yang ditutup perlu dibasmi kuman sebelum dibuka semula?

Tidak. Pada umumnya sekolah akan ditutup dalam tempoh seminggu. Perlu diketahui bahawa virus H1N1 ini hanya dapat bertahan di persekitaran dalam tempoh 48 jam.

18. Apakah yang dimaksudkan dengan penutupan sekolah?

Apabila sesebuah sekolah harian ditutup kerana jangkitan influenza A(H1N1), ia bermakna semua kakitangan termasuk guru dan lain-lain kakitangan sokongan serta pelajar dikehendaki untuk berada di rumah.

Ia bertujuan bagi mencegah penularan jangkitan dan seterusnya memastikan individu yang mengalami gejala-gejala influenza-like-illness untuk berehat di rumah sehingga pulih supaya orang lain tidak terdedah kepada jangkitan Influenza A(H1N1) ini.

19. Kalau seseorang pesakit positif H1N1 dan telah sembuh, adakah beliau boleh hadir ke tempat kerja seperti biasa?

Ya, beliau boleh hadir ke tempat kerja seperti biasa. Secara umumnya seseorang pesakit yang telah mendapat rawatan lengkap, tidak akan menjangkiti orang lain.

20. Bolehkah saya mendapatkan refund ticket sekiranya saya ingin membatalkan perjalanan ke Negara yang terjejas.

Sekiranya anda ingin membatalkan tiket penerbangan sila dapatkan pengesahan kesihatan daripada doktor yang berdekatan. Perlu diingatkan bahawa individu yang mempunyai penyakit sampingan yang lain mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat jangkitan influenza A(H1N1) yang lebih teruk.

21. Apakah yang dimaksudkan dengan jangkitan manusia yang berterusan (sustained human to human transmission)?

Penularan jangkitan influenza A(H1N1) berlaku secara berterusan dalam kalangan manusia dan punca jangkitan tersebut tidak dapat dikenalpasti.

22. Apakah yang dimaksudkan dengan Fasa Mitigasi

Aktiviti mitigasi adalah tindakan membendung wabak pandemik H1N1 di Malaysia dengan memperkukuhkan langkah-langkah pencegahan dan kawalan seperti mengamalkan kebersihan diri, kerap mencuci tangan dan mengamalkan adab batuk yang sesuai.

Strategi utama fasa ini adalah untuk mengurangkan kesengsaraan dan kematian akibat penyakit ini, melambatkan jangkitan penyakit dan mengurangkan kesan terhadap gangguan perkhidmatan utama.

23. Berapa lama virus ini boleh hidup di atas permukaan objek? (seperti buku dan tombol pintu)?
Kajian menunjukkan virus influenza boleh bertahan pada permukaan objek dan menjangkiti orang antara tempoh 2 hingga ke 8 jam.

24. Apa yang boleh memusnahkan virus influenza?
Virus influenza boleh dimusnahkan dengan kepanasan [75-100°C]. Selain itu, bahan kimi pemusnah kuman, termasuk klorin, hirogen peroksida, bahan cuci (sabun), iodophors (antiseptik berasaskan iodin), dan alkohol adalah berkesan terhadap virus influenza, jika digunakan dengan sukatan dan tempoh masa yang betul. Sebagai contoh, bahan pengelap atau jel beralkohol boleh digunakan untuk membersihkan tangan. Jel ini perlu digosok pada tangan sehingga ia kering.

25. Apakah permukaan objek yang mudah menjadi punca jangkitan?
Kuman boleh merebak apabila seseorang menyentuh objek yang dijangkiti kuman dan kemudiannya menyentuh mata, hidung atau mulut. Titisan cecair (batuk atau bersin) daripada individu yang dijangkiti tersebar melalui udara. Kuman boleh tersebar bila seseorang menyentuh titisan cecair pernafasan pesakit yang terlekat pada permukaan objek seperti meja, sebagai contoh, dan kemudiannya memegang mata, hidung atau mulut mereka sendiri sebelum membasuh tangan.

26. Adakah pekerja asing yang baru pulang daripada tanah air mereka perlu menjalani saringan atau pemeriksaan kesihatan?

Tidak. Pihak majikan perlu menasihatkan mereka untuk mengamalkan langkah pencegahan dan memaklumkan kepada majikan jika mengalami gejala influenza-like illness.

Bagi maklumat lanjut, sila hubungi Bilik Gerakan CPRC Kebangsaan, Kementerian Kesihatan Malaysia di talian 03–8881 0200/0300 atau e-mel ke cprc@moh.gov.my laman web http://h1n1.moh.gov.my/SoalanLazim.php

Read More......
04 Ogos 2009 Posted in | |

Tumbuhan, nama saintifik dan kegunaannya.

1. Roselle ataupun juga dipanggil asam paya, asam kumbang dan asam susur merupakan tumbuhan daripada spesies Hibiscus sabdariffa L. Roselle mempunyai keluarga yang sama dengan bunga raya (Hibiscus rosasinensis). Tumbuhan roselle dikatakan berasal dari India tetapi ada juga pendapat yang mengatakan Roselle berasal dari Afrika Barat.
Di negara ini, roselle ditanam secara komersial oleh pekebun kecil di Terengganu atas tanah bris dan berkembang di beberapa kawasan di Johor. Kaliks atau kelopak dari bunga roselle boleh diproses untuk mengeluarkan jus minuman, jem dan jeli. Ia mengandungi kandungan vitamin C( asid askorbik ) yang tinggi iaitu sebanyak 260-280 miligram(mg) bagi setiap 100gram(g) kaliks kering. Selain itu,setiap 100g kaliks segar mengandungi 2.85 ug vitamin D, 0.04 mg vitamin B1, 0.06 vitamin B2 dan 0.05 mg vitamin B2 kompleks.Roselle merupakan tanaman semusim dengan pokok bersaiz renik dan boleh tumbuh pada ketinggian 205 sentimeter ( sm ).

2. Pokok Lilipan : Nama Saintifiknya : ( Pedilanthus Tityhymalodies (L) Poit )
Nama Daerah : Lilipan .

Khasiatnya : Getah pokok Lilipan adalh beracun. Oleh itu ianya digalakkan untuk kegunaan luar sahaja. Getah Lilipan dibahagian daunnya baik untuk menghilangkan bengkak, patah tulang, luka berdarah, mengurangkan pembengkakan bisul. Malahan, apabila digigit lipan, getah yang diperoleh daripada daunnya boleh disapu pada bekas gigitan lipan tersebut untuk menghilangkan bengkak.

3. Lengkuas : Nama Saintifiknya : (Alpinia galangal Swartz)
Famili : Zingiberaceae

Khasiatnya : Rizom daripada lengkuas digunakan untuk merawat penyakit berkaitan penghadaman,ciritbirit dan rasa sejuk badan; selain merawat demam yang berulang-ulang. Rizom yang dibentuk menjadi kapsul digunakan untuk melegakan mabuk laut dan mabuk darat. Lengkuas juga digunakan untuk merawat brokitis disebabkan keupayaannya untuk mencairkan kahak.



4. Tembaga Suasa. Nama Saintifikntya : (Crinum asiaticum.)

Khasiatnya : Biasanya digunakan untuk merawat bengkak,terseliuh dan tersalah urat.

5. Avocado : Nama Saintifiknya : ( Persea Americana Mill)
Famili : Lauraceae

Khasiatnya : Daun avocado yang matang boleh diminum untuk menurunkan tekanan darah tinggi, menyembuhkan lemah buah pinggang dan membekalkan tenaga. Buahnya baik untuk membekalkan tenaga,tekanan darah tinggi dan baik untuk kesihatan kulit.

6. Vanilla : Nama Saintifiknya : Vanilla planifolia

Khasiatnya : Biasanya digunakan didalam masakan dan pewangi bahan kosmetik.

7. Halia : Nama Saintifiknya :( Zingiberaceae officinale Rosc.)

Famili : Zingiberaceae.

Khasiatnya : Halia digunakan oleh wanita baru bersalin untuk membuang andin dan memanaskan badan. Halia tua boleh digunakan untuk tulang sengal dan terseliuh. Sejenis halia yang hidup di China boleh dijadikan penawar untuk penyakit atritis dan reumatisme.

8. Kunyit : Nama Saintifiknya : ( Curcuma domestica Val.)
Famili : Zingiberaceae

Khasiatnya :Digunakan untuk merawat masalah pembuangan air kencing yang kerap, membuang angina, penyakit kulit dan bengkak-bengkak serta luka-luka kecil.

9. Pegaga : Nama Saintifiknya : ( Centella asiatica (L) Urban.
Famili : Apiaceae Umbelliferae

Khasiatnya : Awet muda, menguatkan daya ingatan, digunakan juga untuk penyakit kusta, ulser, luka dan batuk kering..

Read More......
13 Julai 2009 Posted in | |


TAJUK : BULAN SAINS

TEMA: TO KNOW SCIENCE IS TO LOVE SCIENCE

1.0 PENGENALAN

Bulan Sains ini dianjurkan oleh Persatuan Sains Sekolah Kebangsaan Sayong dengan kerjasama Pusat Sumber Sekolah dan juga Panitia Sains. Memandangkan peratus keputusan peperiksaan PKSR1 tahun 2009 bagi mata pelajaran Sains kurang memuaskan, Panatia Sains telah merancang beberapa program untuk meningkatakan peratus kelulusan mata pelajaran tersebut, salah satunya ialah dengan menganjurkan Bulan Sains yang dikelolakan oeh Persatuan Sains.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Menarik minat murid kepada matapelajaran Sains.

2.2 Mamantapkan penguasaan Bahasa Ingerís dalam penggunaan istilah sains dalam Bahasa Inggeris

2.3 Membina keyakinan dan ketrampilan diri dalam sebarang aktiviti Sains.

2.4 Mengembangkan minda murid dengan aktiviti pertandingan yang diadakan.

3.0 MATLAMAT

Selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara bagi melahirkan pelajar yang kreatif, kritis dan Inovatif dalam pelbagai bidang, disamping memberi pendedahan kepada pelajar kepentingan Sains dalam kehidupan seharian mereka.

4.0 SASARAN

4.1 Murid prasekolah SK Sayong

4.2 Murid tahap 1 SK Sayong

4.3 Murid tahap 2 SK Sayong

5.0 TARIKH PELAKSANAAN

2 Julai sehingga 2 Ogos 2009

6.0 ANJURAN BERSAMA

6.1 Persatuan Sains SK Sayong.

6.2 Panitia Sains SK Sayong.

6.3 Pusat Sumber SK Sayong.

7.0 JAWATANKUASA PROGRAM

Penasihat : En. Abd. Rahaman b. Mohamed Shah

Pengerusi : Tn. Hj. Mat Amin b. Ahmed Halim

Penyelaras : En. Mohd Tajuddin b. Puteh Ariffin

Setiausaha : En Mohd Khairul Naim b Shariff

Bendahari : Cik Norasmidar bt. Mohamed Nasaruddin

AJK : Pn. Rosita bt. Ismail

: Pn. Norhayati bt. Murad

: Cik Salasiah bt. Zainudin

: Pn. Noraini bt. Ibrahim


8.0 JADUAL AKTIVITI

Aktiviti

Tarikh

Huraian aktiviti

Guru yang terlibat

Colour me

(kindergarden)

6-10 Julai 2009

Pertandingan mewarna khas untuk prasekolah.

Pn Azian bt Abd Rahim

En Mohd Khiri b Masbol

Hide and seek

(Yr 1)

6-10 Julai 2009

Pertandingan mencari haiwan tersembunyi.

Pn Rosita bt Ismail

Quiz

(Yr 2, Yr 3, Yr 4, Yr 5 & Yr 6)

13-17 Julai 2009

Kuiz mengenal sains sebagai pendedahan kepada murid untuk meminati sains.

Cik Norasmidar bt Mohd Nasaruddin

Pn Noraini bt Ibrahim

Pn Norhayati bt Murad

Istilah Sains

(yr 3, yr 4, yr 5 & yr 6)

13-17 Julai 2009

Guru bertugas akan membaca atau menulis istilah sains di perhimpunan pagi. Murid-murid akan salin di dalam buku.

Guru bertugas

En Mohd Khairul Naim b Sharif

Scrap book

(Yr 4, 5 and 6)

6-31 Julai 2009

Penghasilan buku Skrap secara berkumpulan (5 orang dalam satu kumpulan) berdasarkan kepada tajuk:

1- solar system

2- Food chain and Food Web

3- Life processes

4- Materials

1- En Mohd Tajuddin b Puteh Ariffin.

2- Cik Norasmidar bt Mohd Nasaruddin

3- Pn Norhayati bt Murad

4- Cik Salasiah bt Zainuddin

5- Pn Rosita bt Ismail

6- En Mohd Khairul Naim b Sharif

Science’s exhibition

28-30 Julai 2009

Tema pameran: To know science is to love science. Diadakan di makmal sains. Antara eksperimen yang akan dipersembahkan:

1- acid and alkali

2- circuit

3- magnet

4- measurement

5- video - planet

6- slide presentation

1- En Mohd Tajuddin b Puteh Ariffin.

2- Cik Norasmidar bt Mohd Nasaruddin

3- Pn Norhayati bt Murad

4- Cik Salasiah bt Zainuddin

5- Pn Rosita bt Ismail

6- En Mohd Khairul Naim b Sharif

Paracut Competetion

- Terbuka utk ahli Persatuan Sains

22 Julai 2009

Pertandingan ini diadakan pada hari Rabu semasa kegiatan kokurikulum.

1- En Mohd Tajuddin b Puteh Ariffin.

2- Cik Norasmidar bt Mohd Nasaruddin

3- Pn Norhayati bt Murad

4- Cik Salasiah bt Zainuddin

5- Pn Rosita bt Ismail

6- En Mohd Khairul Naim b Sharif

Penyampaian hadiah

3 Ogos 2009

Diadakan pada hari perhimpunan



9.0 PENUTUP

Adalah diharapkan dengan adanya Bulan Sains ini dapat meningkatkan kesedaran murid–murid kepentingan Sains dalam kehidupan seharian mereka dan seterusnya akan meningkatkan peratus kelulusan Sains di kalangan murid-murid Sekolah Kebangsaan Sayong.


Disediakan oleh,



(En. Mohd Tajuddin b. Puteh Ariffin)

Penyelaras Program Bulan Sains 2009,

Persatuan Sains


Read More......
07 Julai 2009 Posted in | |