Motivasi 3

40 KESALAHAN IBUBAPA

Anak adalah anugerah dari Allah yang paling berharga…. Hargai dan disayangilah mereka

Kepada semua yang bergelar ibubapa sama-samalah kita renungkan…..

  1. Pemilihan jodoh tanpa memperhitungkan mengenai zuriat.
  2. Perhubungan suami isteri tanpa memperhitungkan mengenai zuriat.
  3. Kurang berlemah lembut terhadap anak-anak.
  4. Memaki hamun sebagai cara menegur kesilapan anak-anak.
  5. Tidak berusaha mempelbagai makanan yang disajikan kepada anak-anak.
  6. Jarang bersama anak-anak sewaktu mereka sedang makan.
  7. Melahirkan suasana yang kurang seronok ketika makan.
  8. Membeza-bezakan kasih sayang terhadap anak-anak.
  9. Kurang melahirkan kasih sayang.
  10. Sering mengeluh di hadapan anak-anak.
  11. Tidak meraikan anak-anak ketika mereka pergi dan pulang dari sekolah.
  12. Tidak mengenalkan anak-anak dengan konsep keadilan.
  13. Tidak memberatkan pendidikan agama di kalangan anak-anak.
  14. Tidak terlibat dengan urusan pelajaran anak-anak.
  15. Tidak memprogramkan masa rehat dan riadah anak-anak.
  16. Tidak menggalakkan dan menyediakan suasana suka membaca.
  17. Mengizinkan anak-anak menjamah makanan dan minuman yang ternyata ‘Syubhah’(Tidak jelas halal haramnya).
  18. Tidak menunjukkan contoh tauladan yang baik di hadapan anak-anak.
  19. Jarang meluangkan masa untuk bergurau senda dengan anak-anak.
  20. Tidak suka bercakap dengan anak-anak.
  21. Tidak menggunakan bahasa yang betul.
  22. Suka bertengkar di hadapan anak-anak.
  23. Sentiasa menunujukkan muka masam di hadapan anak-anak.
  24. Tidak membimbing anak-anak supaya mematuhi syariat.
  25. Memberi kebebasan yang berlebihan kepada anak-anak.
  26. Terlalu mengongkong kebebasan anak-anak.
  27. Tidak menunaikan janji yang dibuat terhadap anak-anak.
  28. Tidak menunjukkan minat kepada aktiviti anak-anak.
  29. Tidak memupuk semangat membaca di kalangan anak-anak.
  30. Tidak berminat melayan pertanyaan atau kemusykilan anak-anak.
  31. Tidak memberi perhatian terhadap buah fikiran anak-anak.
  32. Lambat memberi penghargaan kepada anak-anak.
  33. Kerap meleteri sesuatu kesilapan yang dilakukan anak-anak.
  34. Hukuman yang dikenakan tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan.
  35. sering mengancam dan menakutkan anak-anak.
  36. Menghukum tanpa menyatakan kesalahan yang dilakukan.
  37. Tidak konsisten dalam menjatuhkan hukuman ke atas anak-anak.
  38. Memberi nasihat yang sama kepada anak-anak.
  39. Tidak tegas mendidik anak-anak.
  40. Memandang rendah terhadap kebolehan anak-anak.


08 April 2009 Posted in | | 0 Comments »

One Responses to "40 Kesalahan Ibubapa"

Write a comment