Sejarah SK Sayong


SEKOLAH
KEBANGSAAN SAYONG telah di asaskan pada tahun
1895 oleh Datok
Penghulu Sayong, pada masa itu sekolah ini di
tempatkan di Balai Penghulu di Kampung Kata
( Tebing ) sejauh
lebih kurang 1.5 Km dari tapak bangunan sekarang. Kerana gangguan

banjir yang berlaku dalam tahun 1897 sekolah asal ini telah
dipindahkan ke tapak baru
(1898) yang sekarang ini tapak tersebut
telah didirikan bangunan TADIKA KEMAS.

Sikap perihatin penduduk kampung terhadap pendidikan dan
masa depan anak-anak
mereka, satu bangunan sekolah sementara
berukuran 20 x 20 telah berjaya didirikan secara
bergotong royong.
Pada tahun 1907 kerajaan telah mendirikan sebuah bangunan separuh

kekal berukuran 20 x 44 kaki. Untuk menampung bilangan murid yang
semakin bertambah
dari tahun ke tahun maka pada 1920 sebuah
lagi bangunan separuh kekal berukuran 24 x 60
kaki telah didirikan.
Malangnya kedua-dua bangunan ini telah dihanyutkan oleh banjir pada

tahun 1926.

“Bulat Air Kerana Pembentung, Bulat Manusia Kerana Muafakat”
Kata-kata keramat ini
telah berjaya menaikkan semangat masyarakat
setempat dengan jawatankuasa sekolah
untuk membina semula
sebuah bangunan sementara berukuran 30 kaki x 60 kaki di tapak

asalnya untuk anak-anak mereka meneruskan persekolahan. Bangunan
sementara ini telah
siap dibina pada tahun 1938. Pada 1954 didirikan
sebuah bangunan sementara untuk aliran
Inggeris dan sebuah
rumah guru. Walau bagaimanapun pada 1959 kelas aliran Inggeris

ditutup dan kedua-dua bangunan ini dijadikan bilik darjah untuk
aliran kebangsaan.
Pertambahan murid terus meningkat maka
pada 1957 sebuah lagi bangunan beserta dengan
bilik pertukangan
didirikan. Pada 1958 kelas pertukangan ditutup dan dijadikan
bilik darjah.
Pertambahan murid memang meningkat dari tahun
ke tahun, mulai hanya 16 orang
murid pada masa mula sekolah
ini ditubuhkan dengan seorang guru yang dikenali sebagai
Che Itam
yang berasal dari Pulau Pinang, bertambah ke 40 orang dengan
2 orang guru pada
1902. Ketika itu murid-murid sekolah ini terdiri
dari kalangan murid lelaki sahaja. Kehadiran
murid perempuan
ke sekolah ini bermula dari tahun 1922. Bilangan murid di sekolah ini

sehingga ke tahun 1950, telah meningkat kepada 450 orang.

Di bawah Rancangan Pembangunan Malaysia Ketiga, kerajaan telah
meluluskan
pembinaan bangunan tiga tingkat yang mengandungi
10 bilik darjah, 2 bilik pelbagai guna,
pejabat, bilik guru, tandas,
kantin, bekalan air dan elektrik, padang permainan serta pagar di

satu kawasan baru seluas 5 ekar. Bangunan baru ini dibiayai di
bawah Projek Pinjaman Bank
Dunia dengan anggaran perbelanjaan
RM 331,500,00. Kerja-kerja pembinaan dimulakan
pada
1 March 1978, siap dan diserahkan kepada pihak sekolah pada
24 September 1979.
Pada 5 Oktober 1979 murid-murid mula
belajar ke bangunan baru ini.
Bangunan sekolah yang baru ini
telah dibuka dengan rasminya oleh yang Amat
Berhormat Dato'
Seri Wan Mohamed bin Hj. Wan Teh Menteri Besar Perak pada
Sabtu 19
September 1981. Kini usia Sekolah Kebangsaan Sayong
telah mencapai lebih satu abad( 113 tahun ),
Rebah bangun
dalam menongkah hari, Keunggulannya bermula dengan suka
duka anak
watan. Segala rintangan harus dilepasi, muafakat
sentiasa dipupuk. Bercogan kata “ILMU
SULUH HIDUP”
menjadi perangsang kepada generasi kini dan selamanya,
sinar kegemilangan sentiasa dikejar. Anak kelahiran SKS ditebar
ke seluruh alam untuk mencari
kecemerlangan. Namum SKS
tak melupakan jasa-jasa generasi lalu. Semoga Allah jua yang

mencucuri rahmat kepada mereka yang telah berjasa kepada
sekolah ini,
SEKOLAH KEBANGSAAN SAYONG TERBILANG.

(Sumber
Dipetik dan diubahsuai daripada Kajian Tempatan Th 6/2002 )




20 April 2009 Posted in | | 0 Comments »

One Responses to "Sejarah Sekolah"

Write a comment