28 April 2009
Posted in |
p. UPSR 2011
|
Hamster
Cuaca Ipoh
!-end>!-weather>
Kandungan
- a. Pendahuluan (5)
- b. Kertas kerja (1)
- c. Aktiviti/Program (29)
- d. Motivasi (7)
- e. Keratan (7)
- f. Carta Organisasi (2)
- g. Kajian (2)
- h. Taklimat (3)
- i. Pautan (1)
- j. Senarai tugas (1)
- k. Panduan (2)
- l. Muat Turun (6)
- m. Soalan (3)
- n. Peta (1)
- o. Permainan (1)
- p. UPSR 2011 (2)
- q. Bulan Sains (4)
- r. Aktiviti Sains (5)
- s. Kerja Rumah (2)
- t. Peperiksaan (3)
Selamat datang
Masa itu emas
Kalendar Islam
1. Permainan (Sudoku Puzzles)
2. Permainan (Invaders)
3. Mewarna gambar Little Stuart
4. Permainan perang Iron man.
5. Permainan tembak
6. Game space tube
7. Game rezor
27 April 2009
Posted in |
o. Permainan
|
Sejarah SK Sayong
SEKOLAH KEBANGSAAN SAYONG telah di asaskan pada tahun
1895 oleh Datok Penghulu Sayong, pada masa itu sekolah ini di
tempatkan di Balai Penghulu di Kampung Kata( Tebing ) sejauh
lebih kurang 1.5 Km dari tapak bangunan sekarang. Kerana gangguan
banjir yang berlaku dalam tahun 1897 sekolah asal ini telah
dipindahkan ke tapak baru(1898) yang sekarang ini tapak tersebut
telah didirikan bangunan TADIKA KEMAS.
Sikap perihatin penduduk kampung terhadap pendidikan dan
masa depan anak-anak mereka, satu bangunan sekolah sementara
berukuran 20 x 20 telah berjaya didirikan secara bergotong royong.
Pada tahun 1907 kerajaan telah mendirikan sebuah bangunan separuh
kekal berukuran 20 x 44 kaki. Untuk menampung bilangan murid yang
semakin bertambah dari tahun ke tahun maka pada 1920 sebuah
lagi bangunan separuh kekal berukuran 24 x 60 kaki telah didirikan.
Malangnya kedua-dua bangunan ini telah dihanyutkan oleh banjir pada
tahun 1926.
“Bulat Air Kerana Pembentung, Bulat Manusia Kerana Muafakat”
Kata-kata keramat ini telah berjaya menaikkan semangat masyarakat
setempat dengan jawatankuasa sekolah untuk membina semula
sebuah bangunan sementara berukuran 30 kaki x 60 kaki di tapak
asalnya untuk anak-anak mereka meneruskan persekolahan. Bangunan
sementara ini telah siap dibina pada tahun 1938. Pada 1954 didirikan
sebuah bangunan sementara untuk aliran Inggeris dan sebuah
rumah guru. Walau bagaimanapun pada 1959 kelas aliran Inggeris
ditutup dan kedua-dua bangunan ini dijadikan bilik darjah untuk
aliran kebangsaan.Pertambahan murid terus meningkat maka
pada 1957 sebuah lagi bangunan beserta dengan bilik pertukangan
didirikan. Pada 1958 kelas pertukangan ditutup dan dijadikan
bilik darjah. Pertambahan murid memang meningkat dari tahun
ke tahun, mulai hanya 16 orang murid pada masa mula sekolah
ini ditubuhkan dengan seorang guru yang dikenali sebagai Che Itam
yang berasal dari Pulau Pinang, bertambah ke 40 orang dengan
2 orang guru pada 1902. Ketika itu murid-murid sekolah ini terdiri
dari kalangan murid lelaki sahaja. Kehadiran murid perempuan
ke sekolah ini bermula dari tahun 1922. Bilangan murid di sekolah ini
sehingga ke tahun 1950, telah meningkat kepada 450 orang.
Di bawah Rancangan Pembangunan Malaysia Ketiga, kerajaan telah
meluluskan pembinaan bangunan tiga tingkat yang mengandungi
10 bilik darjah, 2 bilik pelbagai guna, pejabat, bilik guru, tandas,
kantin, bekalan air dan elektrik,
satu kawasan baru seluas 5 ekar. Bangunan baru ini dibiayai di
bawah Projek Pinjaman Bank Dunia dengan anggaran perbelanjaan
RM 331,500,00. Kerja-kerja pembinaan dimulakan pada
1 March 1978, siap dan diserahkan kepada pihak sekolah pada
24 September 1979. Pada 5 Oktober 1979 murid-murid mula
belajar ke bangunan baru ini. Bangunan sekolah yang baru ini
telah dibuka dengan rasminya oleh yang Amat Berhormat Dato'
Seri Wan Mohamed bin Hj. Wan Teh Menteri Besar Perak pada
Sabtu 19 September 1981. Kini usia Sekolah Kebangsaan Sayong
telah mencapai lebih satu abad( 113 tahun ), Rebah bangun
dalam menongkah hari, Keunggulannya bermula dengan suka
duka anak watan. Segala rintangan harus dilepasi, muafakat
sentiasa dipupuk. Bercogan kata “ILMU SULUH HIDUP”
menjadi perangsang kepada generasi kini dan selamanya,
sinar kegemilangan sentiasa dikejar. Anak kelahiran SKS ditebar
ke seluruh alam untuk mencari kecemerlangan. Namum SKS
tak melupakan jasa-jasa generasi lalu. Semoga Allah jua yang
mencucuri rahmat kepada mereka yang telah berjasa kepada
sekolah ini, SEKOLAH KEBANGSAAN SAYONG TERBILANG.
(Sumber Dipetik dan diubahsuai daripada Kajian Tempatan Th 6/2002 )
|
Read More......
20 April 2009
Posted in |
a. Pendahuluan
|
0 Comments »
BENGKEL PENGHASILAN BAHAN P&P
BAGI KELOMPOK PUSAT KEGIATAN GURU KOTA LAMA KANAN
TARIKH : 14. 04. 2009 Hingga 17. 04. 2009
MASA : 8.00 Pagi - 4.30 Petang
TEMPAT : PKG, Kota Lama Kanan, Kuala kangsar, Perak
Hadir - Guru Panitia Sains
13 April 2009
Posted in |
h. Taklimat
|
0 Comments »
40 KESALAHAN IBUBAPA
Anak adalah anugerah dari Allah yang paling berharga…. Hargai dan disayangilah mereka
Kepada semua yang bergelar ibubapa sama-samalah kita renungkan…..
- Pemilihan jodoh tanpa memperhitungkan mengenai zuriat.
- Perhubungan suami isteri tanpa memperhitungkan mengenai zuriat.
- Kurang berlemah lembut terhadap anak-anak.
- Memaki hamun sebagai cara menegur kesilapan anak-anak.
- Tidak berusaha mempelbagai makanan yang disajikan kepada anak-anak.
- Jarang bersama anak-anak sewaktu mereka sedang makan.
- Melahirkan suasana yang kurang seronok ketika makan.
- Membeza-bezakan kasih sayang terhadap anak-anak.
- Kurang melahirkan kasih sayang.
- Sering mengeluh di hadapan anak-anak.
- Tidak meraikan anak-anak ketika mereka pergi dan pulang dari sekolah.
- Tidak mengenalkan anak-anak dengan konsep keadilan.
- Tidak memberatkan pendidikan agama di kalangan anak-anak.
- Tidak terlibat dengan urusan pelajaran anak-anak.
- Tidak memprogramkan masa rehat dan riadah anak-anak.
- Tidak menggalakkan dan menyediakan suasana suka membaca.
- Mengizinkan anak-anak menjamah makanan dan minuman yang ternyata ‘Syubhah’(Tidak jelas halal haramnya).
- Tidak menunjukkan contoh tauladan yang baik di hadapan anak-anak.
- Jarang meluangkan masa untuk bergurau senda dengan anak-anak.
- Tidak suka bercakap dengan anak-anak.
- Tidak menggunakan bahasa yang betul.
- Suka bertengkar di hadapan anak-anak.
- Sentiasa menunujukkan muka masam di hadapan anak-anak.
- Tidak membimbing anak-anak supaya mematuhi syariat.
- Memberi kebebasan yang berlebihan kepada anak-anak.
- Terlalu mengongkong kebebasan anak-anak.
- Tidak menunaikan janji yang dibuat terhadap anak-anak.
- Tidak menunjukkan minat kepada aktiviti anak-anak.
- Tidak memupuk semangat membaca di kalangan anak-anak.
- Tidak berminat melayan pertanyaan atau kemusykilan anak-anak.
- Tidak memberi perhatian terhadap buah fikiran anak-anak.
- Lambat memberi penghargaan kepada anak-anak.
- Kerap meleteri sesuatu kesilapan yang dilakukan anak-anak.
- Hukuman yang dikenakan tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan.
- sering mengancam dan menakutkan anak-anak.
- Menghukum tanpa menyatakan kesalahan yang dilakukan.
- Tidak konsisten dalam menjatuhkan hukuman ke atas anak-anak.
- Memberi nasihat yang sama kepada anak-anak.
- Tidak tegas mendidik anak-anak.
- Memandang rendah terhadap kebolehan anak-anak.
Read More......
08 April 2009
Posted in |
d. Motivasi
|
0 Comments »
UPSR 2014
Info sains
"Tahukah anda kenapa badak air suka beremdam?"
Percaya atau tidak badak air mempunyai badan yang besar. Tapi sebenarnya takut digigit oleh serangga. serangga seperti nyamuk,lalat, kutu dan pepijat suka menggigit kulit dan menghisap darah badak air. Gigitan serangga boleh menyebabkan seluruh badan badak air sakit dan gatal. Oleh sebab itu, badak air suka merendamkan badanya di dalam lumpur untuk menghilangkan atau mengelakkan dirinya daripada digigit.
" Mengapa kita bernafas melalui hidung bukan dengan mulut?
Kanak-kanak suka bernafas dengan mulut, sebenarnya amalan ini tidak bagus untuk kesihatan. Menurut doktor, kita patut bernafas dengan hidung. Semasa kita bernafas melalui hidung, udara yang kita kita sedut setiap hari mengandungi habuk dan bakteria. Fungsi bulu hidung yang terdapat dalam hidung adalah menyaring habuk atau bakteria yang masuk ke dalam peparu. Jika kita bernafas dengan mulut, habuk dan bakteria akan masuk ke dalam kerongkong, peparu dan akhirnya mengakibatkan mulut kering.
Percaya atau tidak badak air mempunyai badan yang besar. Tapi sebenarnya takut digigit oleh serangga. serangga seperti nyamuk,lalat, kutu dan pepijat suka menggigit kulit dan menghisap darah badak air. Gigitan serangga boleh menyebabkan seluruh badan badak air sakit dan gatal. Oleh sebab itu, badak air suka merendamkan badanya di dalam lumpur untuk menghilangkan atau mengelakkan dirinya daripada digigit.
" Mengapa kita bernafas melalui hidung bukan dengan mulut?
Kanak-kanak suka bernafas dengan mulut, sebenarnya amalan ini tidak bagus untuk kesihatan. Menurut doktor, kita patut bernafas dengan hidung. Semasa kita bernafas melalui hidung, udara yang kita kita sedut setiap hari mengandungi habuk dan bakteria. Fungsi bulu hidung yang terdapat dalam hidung adalah menyaring habuk atau bakteria yang masuk ke dalam peparu. Jika kita bernafas dengan mulut, habuk dan bakteria akan masuk ke dalam kerongkong, peparu dan akhirnya mengakibatkan mulut kering.
Catatan Popular
-
Kuiz Sains dan Matematik 1. Apakah satu penemuan dunia yang paling penting dan pertama kali digunakan sekitar 5500 tahun yang lalu? Roda 2. ...
-
28 Sep 2010, 11:38 AM | Sains dan Teknologi Oleh MOHD. FADZLY MOHD. IZAB ASTRO TVIQ melancarkan sebuah program baru menggabungkan elemen p...
-
Pendahuluan Matapelajaran Sains adalah salah satu matapelajaran yang amat penting di zaman serba mencabar ini. Penyataan ini bukanlah be...
-
SENARAI TUGASAN KETUA PANITIA 1. Memahami kandungan Huraian Sukatan Sains (HSP) setiap tahun. 2. Memastikan perancangan dan pelaksanan penga...
-
Bank Soalan - SK Felda Tenggaroh 6 BANK SOALAN UPSR A.) Bahasa Melayu Percubaan UPSR BM 2009 (Sarawak) Percubaan UPSR Pemahaman 2009 (...
-
Pertandingan eureka REEE di SK Sultan Idris II Sekolah Kebangsaan Sayong telah menghantar 4 orang murid tahun 5 ...
-
KERTAS CADANGAN PROGRAM SCIENCE EXPLORACE 1.0 TUJUAN Kertas cadangan ini dihasilkan untuk memohon sokongan dan kerjasama daripada semua piha...
-
KERTAS CADANGAN PROGRAM SCIENCE EXPLORACE 1.0 TUJUAN Kertas cadangan ini dihasilkan untuk memohon sokongan dan kerjasama daripada semua piha...
-
PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN TARIKH : 11.5.2010 Selamat membuat ulangkaji pelajaran dan semoga-moga berjaya menjawab soalan-soalan peperiks...
-
Bulan Sains Dan Matematik 1. Tarikh / Masa : 3 April hingga 30 April 2011 ...
Pengikut
SK Sayong
kura-kura
Dengar lagu ini...
PENAFIAN
Penafian: Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas kerugian, kemusnahan dan musibah akibat penggunaan maklumat di dalam laman web ini.