LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN

Keselamatan bilik sains
1. Memastikan keadaan Bilik sins selamat digunakan
2. Mendedahkan maklumat keselamatan makmal kepada murid

Pelan laluan kecemasan
1. Menyediakan pelan laluan kecemasan dengan jelas dan mudah difahami
2. Mempamerkan pelan laluan kecemasn di bilik sains
3. Mengadakan latihan kecemasan untuk mengenalpasti pelan laluan kecemasan

Alat pemadam api/pondok pemadam api
1. Memastikan alat pemadam api tersebut ada ditempat-tempat tertentu
2. Memastikan alat tersebut dalam keadaan baik dan selamat digunakan
3. Mengadakn latihan untuk memahirkan penggunaan alat pemadam api (selimut penahan api, baldi berisi pasir)

Jika ada kebakaran
1. Hebahkan kebakaran kepada umum
2. Arahkan murid ke tempat lapang dan selamat mengikut pelan laluan kecemasan.
3. Usaha memadam kebakaran dengan alat pemadam api dalam masa yang sama dapatkan perkhidmatan bomba.

PERTOLONGAN CEMAS

Semasa menghadapi kecemasan
1. Setiap kemalangan yang berlaku dalam Bilik Sains hendaklah dilaporkan dengan segera.
2. Guru mengambil tindakan segera serta mengawal keadaan.
3. Memberi bantuan dan rawatan awal jika perlu
4. Melaporkan kepada pentadbir sekolah atau pihak-pihak tertentu jika perlu

Mata dimasuki benda asing
1. Tegah murid daripada menggosok mata yang dimasuki benda asing
2. Arahkan murid supaya membuka dan menutup matanya di dalam air mengalir dan bersih untuk mengeluarkan benda asing.
3. Sekiranya gagal, bawa murid ke hospital

Renungan :

“Seseorang guru itu menerusi pemikiran, menjadi seseorang yang lebih terdidik, orientasinya bertukar dan kelakuannya (mengajar) menggambarkan dirinya.”

Reid,L. A. 1962

19 Februari 2009 Posted in | |