Tarikh Peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STAM Tahun 2013
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Insyaallah, esok dan lusa, sesi persekolahan 2013 bakal bermula. Berakhir sudah masa untuk bersuka ria dan bersenang-senang buat para pelajar terutamanya yang bakal menduduki peperiksaan penting tahun ini.
Walaupun sesi persekolahan 2013 belum menyingkap tabirnya, namun tarikh peperiksaan telahpun diumumkan. Di sini ibu kongsikan Tarikh Peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STAM Tahun 2013 sebagai rujukan buat para pelajar, guru-guru dan ibu bapa.
TARIKH PEPERIKSAAN 2013
PEPERIKSAAN
|
TARIKH
PEPERIKSAAN
|
TARIKH
PENGUMUMAN
|
SPM (Ulangan)
|
11 – 12 Jun 2013
|
|
UPSR
|
10 – 12 September 2013
|
14 November 2013
|
PMR
|
2 – 9 Oktober 2013
|
23 Disember 2013
|
STAM
|
21 – 29 Oktober 2013
|
|
SPM
|
6 November – 5 Disember
2013
|
Tarikh ini sudah tentu amat penting buat para guru sebagai panduan untuk merancang pelbagai program untuk memastikan para pelajar cukup bersedia menghadapi peperiksaan pada tarikh yang telah ditetapkan.
Buat anak-anak pelajar pula, buatlah perancangan dari sekarang agar tidak kelam kabut apabila tarikh peperiksaan semakin hampir. Budaya "Esok Masih Ada" hendaklah dibuang jauh-jauh demi mengejar kecemerlangan. Pepatah Arab ada menyebut, "Masa itu seperti pedang, jika kamu tidak memotongnya nescaya ia akan memotong kamu." Insyaallah, berkat perancangan rapi, usaha dan doa kalian, kejayaan cemerlang bakal digenggam.
P/s: Bertangguh itu pencuri masa.

Read more: http://ibuberbicara.blogspot.com/2012/12/tarikh-peperiksaan-upsr-pmr-spm-dan.html#ixzz2KUBB8csn
10 Februari 2013
Posted in |
t. Peperiksaan
|