Bank Soalan - UPSR, PMR dan SPM
Tahun 2012 telahpun melabuhkan tirainya. Selamat
kembali ke sekolah buat para guru dan pelajar. Mulai hari ini dan esok, para
guru dan pelajar kembali mengharungi hari-hari mereka dengan rutin biasa
seperti sebelum ini. Buat para pelajar terutamanya calon-calon peperiksaan
2013, masa untuk bersenang-senang telahpun berakhir. Buatlah persediaan dari
sekarang. Rajin-rajinlah belajar dan mengulang kaji.
Dengan adalah kemudahan ini, para pelajar dapat menjawab terus soalan yang disediakan secara atas talian. Justeru, tidak perlu lagi membeli buku-buku yang mengandungi set soalan tahun-tahun lepas. Paling penting, markah yang diperoleh akan dipaparkan selepas semua soalan selesai dijawab.
Untuk pengetahuan para pelajar, guru-guru dan ibu
bapa, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN) Pulau Pinang telah
menyediakan Bank Soalan yang mengandungi koleksi soalan peperiksaan sebenar
UPSR, PMR dan SPM. Koleksi soalan ini meliputi subjek Bahasa Melayu
Pemahaman, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains bagi tahun 2005 hingga 2011.
Dengan adalah kemudahan ini, para pelajar dapat menjawab terus soalan yang disediakan secara atas talian. Justeru, tidak perlu lagi membeli buku-buku yang mengandungi set soalan tahun-tahun lepas. Paling penting, markah yang diperoleh akan dipaparkan selepas semua soalan selesai dijawab.
Read more: http://ibuberbicara.blogspot.com/2013/01/bank-soalan-upsr-pmr-dan-spm.html#ixzz2KUET5Oz6 Read More......
10 Februari 2013
Posted in |
t. Peperiksaan
|