- 5 tips bagaimana mengatasi sikap malas.
-
- Perasaan malas adalah lawan kepada sikap rajin. Ianya satu sikap negatif yang perlu diubati. Rasa-rasa anda, bagaimana ingin membuang sifat malas? Disini disenaraikan 5 tips yang boleh digunakan.
- 1. Tanya pada diri anda dan jawablah sejujurnya. Fikirkan sejenak mengenainya. Apakah faedah daripada sikap malas aku ini?
- 2. Senaraikan kesan dan akibat sikap malas yang ada pada diri anda. Ini bertujuan untuk menyedarkan minda anda bahawa sikap ini tidak berfaedah langsung. Selain itu, ia membuat minda anda 'sakit' dengan sikap ini.
- 3. Kekalkan momentum kerajinan anda. Jika anda sedang melakukan sesuatu dan ingin berhenti berehat, pastikan anda berhenti tidak lama. Kekalkan momentum tersebut. Semakin lama anda berhenti atau berehat, semakin kurangnya semangat anda menerusnya.
- 4. Membayangkan kesan positif yang anda perolehi kesan daripada sikap rajin anda. Contohnya anda membayangkan anda mendapat keputusan yang cemerlang atas kerajinan anda, lalu ibu bapa anda menghadiahkan anda RM500. Disayangi keluaraga dan teman anda serta ramai lagi yang ingin berkawan dengan anda nanti. Anda juga akan dapat ganjaran di sekolah dan guru-guru.
- 5. Akhir sekali senaraikan mengapa anda ingin membuang sikap malas. Tampalkannya. Untuk berubah, manusia perlu mempunyai sebab. Jadi tuliskan sebab itu.
-
- Apakah dimaksudkan sifat malas?
- Sifat malas adalah tikarnya iblis. Bila kita membiarkan sifat malas ini dengan tidak berusaha memeranginya, maka tikar itu akan semakin lebar, sehingga semakin nyaman iblis bersemayam di atasnya. Kita akan menjadi semakin sukar keluar dari sikap malas itu dan hancurlah kita setinggi apapun ilmu kita, karena akan berakhir tanpa diamalkan.
- Seringkali kita telah paham tentang ajaran agama, kita sudah paham betul manfaatnya bagi kita, namun seringkali sikap malas melingkupi kita. Kita cenderung menaguh waktu, kita cenderung menuruti rasa hati, menunda-nunda pekerjaan, padahal kita sudah tahu bahwa seringkali kesempatan tidak datang dua kali, kita sudah paham makna surat Al-Ashr, seringkali kita terjebak pada “hanya kata-kata tanpa berbuat”.
- Bila kita mengingat, Muhammad SAW; begitu sempurnanya akhlaq beliau. Tidak ada waktu yang tersia-siakan; sehingga dalam waktu hanya 23 tahun, beliau mampu membalik keadaan masyarakat. Sungguh besar manfaat yang ditunjukkan oleh beliau di tengah-tengah masyarakat. Beliau adalah seorang pemberani, seorang panglima perang teladan, beliau adalah seorang pedagang teladan, beliau adalah seorang guru teladan, beliau adalah seorang suami teladan, beliau adalah seorang Ayah teladan, beliau adalah sorang anak teladan, beliau adalah seorang imam sholat teladan, beliau adalah tetangga teladan, beliau adalah teman/sahabat teladan, beliau adalah seorang kepala negara teladan.
- Semua itu menggambarkan bahwa tiada sifat malas sedikit pun, sehingga layaklah beliau menjadi “uswatun hasanah” bagi seluruh manusia setelahnya. Beliau adalah gambaran Khalifah di muka bumi yang sempurna, sehingga beliau menjadi rahmat bagi seluruh alam. Beliau adalah Al-Qur’an berjalan.
-
- Barang siapa diantara kita ingin sukses hidup di dunia sampai akhirat, maka berusaha meneladani beliau adalah merupakan satu-satunya pilihan. Berusaha meneladani akhlaq beliau berarti menghidupkan nur-risalah beliau. Apabila kita berhasil memancarkan nur-Muhammad dalam kehidupan kita, maka seluruh alam akan melayani kita. Karena memang untuk itulah semua ini diciptakan.
- Semoga kita mampu mempersempit “tikar iblis” itu dengan cara memerangi sikap malas kita, agar kita bisa meraih kebahagiaan di dunia dan akhirat. Amiin.
- Allahumma shalli ‘alaa sayyidinaa Muhammad, wa ‘alaa alihi wa shahbihi ajma’iin.
- Sekian, Terima kasih
11 Mac 2010
Posted in |
d. Motivasi
|