Percaya atau tidak badak air mempunyai badan yang besar. Tapi sebenarnya takut digigit oleh serangga. serangga seperti nyamuk,lalat, kutu dan pepijat suka menggigit kulit dan menghisap darah badak air. Gigitan serangga boleh menyebabkan seluruh badan badak air sakit dan gatal. Oleh sebab itu, badak air suka merendamkan badanya di dalam lumpur untuk menghilangkan atau mengelakkan dirinya daripada digigit.
" Mengapa kita bernafas melalui hidung bukan dengan mulut?
Kanak-kanak suka bernafas dengan mulut, sebenarnya amalan ini tidak bagus untuk kesihatan. Menurut doktor, kita patut bernafas dengan hidung. Semasa kita bernafas melalui hidung, udara yang kita kita sedut setiap hari mengandungi habuk dan bakteria. Fungsi bulu hidung yang terdapat dalam hidung adalah menyaring habuk atau bakteria yang masuk ke dalam peparu. Jika kita bernafas dengan mulut, habuk dan bakteria akan masuk ke dalam kerongkong, peparu dan akhirnya mengakibatkan mulut kering.