Bank Soalan - UPSR, PMR dan SPM

Tahun 2012 telahpun melabuhkan tirainya. Selamat kembali ke sekolah buat para guru dan pelajar. Mulai hari ini dan esok, para guru dan pelajar kembali mengharungi hari-hari mereka dengan rutin biasa seperti sebelum ini. Buat para pelajar terutamanya calon-calon peperiksaan 2013, masa untuk bersenang-senang telahpun berakhir. Buatlah persediaan dari sekarang. Rajin-rajinlah belajar dan mengulang kaji.

Untuk pengetahuan para pelajar, guru-guru dan ibu bapa, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN) Pulau Pinang telah menyediakan Bank Soalan yang mengandungi koleksi soalan peperiksaan sebenar UPSR, PMR dan SPM. Koleksi soalan ini meliputi subjek Bahasa Melayu Pemahaman, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains bagi tahun 2005 hingga 2011.

Dengan adalah kemudahan ini, para pelajar dapat menjawab terus soalan yang disediakan secara atas talian. Justeru, tidak perlu lagi membeli buku-buku yang mengandungi set soalan tahun-tahun lepas. Paling penting, markah yang diperoleh akan dipaparkan selepas semua soalan selesai dijawab.
Terima kasih buat laman web BTPN Negeri Pulau Pinang yang menyediakan kemudahan ini. Moga dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh para guru dan pelajar.

Soalan UPSR SAINS








 


Nuffnang Ads

Read more: http://ibuberbicara.blogspot.com/2013/01/bank-soalan-upsr-pmr-dan-spm.html#ixzz2KUET5Oz6

Read More......
10 Februari 2013 Posted in | |

Tarikh Peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STAM Tahun 2013

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Insyaallah, esok dan lusa, sesi persekolahan 2013 bakal bermula. Berakhir sudah masa untuk bersuka ria dan bersenang-senang buat para pelajar terutamanya yang bakal menduduki peperiksaan penting tahun ini. 
Walaupun sesi persekolahan 2013 belum menyingkap tabirnya, namun tarikh peperiksaan telahpun diumumkan. Di sini ibu kongsikan Tarikh Peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STAM Tahun 2013 sebagai rujukan buat para pelajar, guru-guru dan ibu bapa. 

TARIKH PEPERIKSAAN 2013

PEPERIKSAAN
TARIKH
PEPERIKSAAN
TARIKH
PENGUMUMAN
SPM (Ulangan)
11 – 12 Jun 2013
UPSR
10 – 12 September 2013
14 November 2013
PMR
2 – 9 Oktober 2013
23 Disember 2013
STAM
21 – 29 Oktober 2013
SPM
6 November – 5 Disember 2013

Tarikh ini sudah tentu amat penting buat para guru sebagai panduan untuk merancang pelbagai program untuk memastikan para pelajar cukup bersedia menghadapi peperiksaan pada tarikh yang telah ditetapkan. 

Buat anak-anak pelajar pula, buatlah perancangan dari sekarang agar tidak kelam kabut apabila tarikh peperiksaan semakin hampir. Budaya "Esok Masih Ada" hendaklah dibuang jauh-jauh demi mengejar kecemerlangan. Pepatah Arab ada menyebut, "Masa itu seperti pedang, jika kamu tidak memotongnya nescaya ia akan memotong kamu." Insyaallah, berkat perancangan rapi, usaha dan doa kalian, kejayaan cemerlang bakal digenggam.

P/s: Bertangguh itu pencuri masa.


Read more: http://ibuberbicara.blogspot.com/2012/12/tarikh-peperiksaan-upsr-pmr-spm-dan.html#ixzz2KUBB8csn

Read More......
Posted in | |


  A) Lagu - Lagu Pengakap

  1. Jinglin Nona
  2. Kelana
  3. Kodok Ngorok
  4. Sahibul Hikayat
  5. Kookaburra sini sana
  6. Kumbaya
  7. Lin Chi Kang
  8. Loy Krathong
  9. Lulalulale
  10. Mandolo
  11. Marilah Ramai-ramai Menyanyi
  12. Masa Billi
  13. Mowgli Pergi Memburu
  14. Mosi-mosi Anone
  15. Oh Semangat
  16. Pengakap Malaysia
  17. Pengakap Muda
  18. Pokore Rototua
  19. Potong Lalang
  20. Ram Sam Sam Malu Malu
  21. Rasa Sayang


B) Lagu Perbarisan / Rentak March

  1. Track 1
  2. Track 2
  3. Track 3
  4. Track 4
  5. Track 5
  6. Track 6
  7. Track 7
  8. Track 8
  9. Track 9
  10. Lagu Perbarisan
  11. Drum Roll

C) Lagu Patriotik
  1. Satu Malaysia-Roy (lagu tema rasmi )
  2. Satu Malaysia - Faizal Tahir
  3. Jalur Gemilang
  4. Tanggal 31
  5. Tegakkan Bendera kita
  6. Warisan
  7. Bahtera Merdeka
  8. Tekad
  9. Berjaya
  10. Bersatu Berdisiplin
  11. Budi Bahasa Budaya Kita
  12. Bumi Malaysia
  13. Cemerlang Gemilang Terbilang
  14. Cemerlang Gemilang Terbilang - Minus One
  15. Cinta Setia
  16. Dirgahayu Tanah airku
  17. Gemilang Malaysia
  18. Haluan Jiwaku
  19. Ilham Pujangga
  20. Islam Hadhari
  21. Joget Malaysia
  22. Kemegahan Negaraku
  23. Ku Cari Damai Abadi
  24. Malaysia Baru
  25. Malaysia Boleh
  26. Malaysia Milik Kita
  27. Malaysia Tanah Airku
  28. Malaysia Tercinta
  29. Muhibbah
  30. Nasionalisme Teras Perpaduan
  31. Nyalakan Tekad
  32. Pahlawanku
  33. Pasrah dah Redha
  34. Perajurit Tanah Air
  35. Perkhidmatan Awam
  36. Permainya Bumi Malaysia
  37. Perwira
  38. Putra Putri
  39. Rukun Negara
  40. Sejarah Pertiwiku
  41. Selamat Pergi Pahlawanku
  42. Suara Minda

D) Lagu Kanak-Kanak
  1. Tepuk Amai-Amai
  2. Anak Ikan
  3. Anak Itik Tok Wi
  4. Bengawan Solo
  5. Buih Sabun
  6. Chan Mali Can
  7. Cik Mamat
  8. Di Tanjong Katong
  9. Du Du Da Da
  10. Enjit-Enjit Semut
  11. Gelang Si Paku Gelang
  12. Ikan Kekek
  13. Itu Bulan, Itu Bintang
  14. Jong Jong Inai
  15. Kapur Sireh
  16. Katak Lompat
  17. Kopi Susu
  18. Lenggang Kangkung
  19. Bangau Oh Bangau
  20. Oleh Oleh Bandung
  21. Rasa Sayang
  22. Suar Suir
  23. Suriram
  24. Terek Tek Tek
  25. Wau Bulan
  26. Banyak lagi koleksi lagu kanak kanak disini  >>>klik sini<<<


E) Lagu / Instrumental Tradisional

  1. Kompang
  2. Gamelan
  3. Instrumental tradisional  1
  4. Instrumental tradisional  2
  5. Instrumental  tradisional 3
  6. Instrumental tradisional  4
  7. Instrumental tradisional  5
  8. Instrumental tradisional  6
  9. Instrumental tradisional  7
  10. Instrumental - Aladom (Joget).mp3
  11. Instrumental - Canggung.mp3
  12. Instrumental - Damak (Asli).mp3
  13. Instrumental - Hari Ribut (Zapin).mp3
  14. Instrumental - Inang Kampung (Inang).mp3
  15. Instrumental - Inang Rancak Bertemu.mp3
  16. Instrumental - Joget Pahang.mp3
  17. Instrumental - Joget Pucuk Pisang.mp3
  18. Instrumental - Makan Sireh (Ghazal).mp3
  19. Instrumental - Musalmah Manis.mp3
  20. Instrumental - Naam Sidi (Zapin).mp3
  21. Instrumental - Nasib Panjang (Ghazal).mp3
  22. Instrumental - Patah Hati (Asli).mp3
  23. Instrumental - Sekapur Sireh Seulas Pinang.mp3

Read More......
05 Julai 2012 Posted in | |

SELAMAT HARI GURU


HARI : RABU

MASA : 8.00PG - 1.00 TGH

TEMPAT : DEWAN TERBUKA SKS

ATUR CARA

8.00 PG - Guru dan murid berkumpul di dewan terbuka.

8.10 PG - bacaan doa
              - nyanyian lagu 'Negaraku'
              - pembacaan Perutusan Menteri Pelajaran
              - pembacaan perutusan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.
              - Ucapan Ketua Murid.
              - Ucapan Guru Besar
              - Pembacaan ikrar oleh para Guru
              - koir Para Guru Lagu ' Kami Guru Malaysia'
              - Tayangan Slaid
              - Persembahan Murid.
              - Penyampaian Hadiah.
10.00 PG - Rehat
11.00 PG - Acara Sukaneka Guru.
12.00 PG - Mewarna dan membuat kad ucapan - Murid-murid SKS.
 1.00 TGH - Bersurai.

video 





Read More......
16 Mei 2012 Posted in | |

Majlis Keraian dan Perpisahan Cikgu Cik Siti Zainab

Hari : 20hb Januari 2012
Tempat : Perak Riverside resort Kuala Kangsar
Masa : 8.00 Malam

Anjuran Kelab Guru dan kakitangan SKS




Jasamu dikenang buat selama-lamanya di SK Sayong.



Ucapan Guru Besar SK Sayong



Guru-guru SK Sayong sedang mendengar ucapan Guru Besar.


Suasana Majlis Makan Malam Di Perak Riverside Resort Kuala Kangsar.

Read More......
05 Februari 2012 Posted in | |


Perayaan Tahun Baru Cina 2012

Sempena perayaan Tahun Baru Cina 2012, sekolah akan bercuti selama 3 hari bermula dari 23hb Jan 2012 sehingga 25hb Jan 2012. Aktiviti Kokorilulum pada hari Rabu digantikan pada hari Khamis, Sehubungan dengan itu, Guru Besar dan warga sekolah SKS mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU CINA kepada semua pelajar dan ibu bapa/penjaga yang meraikannya.

Read More......
20 Januari 2012 Posted in | |

Perhimpunan rasmi di sekolah SK Sayong.
Hari : Isnin
Masa :7.30 pagi
Tempat : Dewan terbuka SKS

Gambar-gambar perhimpunan pagi.



Read More......
10 Januari 2012 Posted in | |



Majlis Persaraan En. Mohamad Zaini b. Othman
Tempat : Hotel Seri Malaysia, Ipoh
Tarikh : 8hb Oktober 2011
Masa : 11.00 Pg - 3.00 Ptg

Read More......
01 November 2011 Posted in | |







Hari Guru di Malaysia
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Rencana utama: Hari Guru

Hari Guru di Malaysia disambut pada 16 Mei setiap tahun sebagai penghargaan kepada para guru. Tarikh ini dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.

Dokumen tersebut yang dikenali sebagai Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.


Tema hari Guru:

1. 1972 Peranan Guru Dalam Pembangunan Negara
2. 1973 Kerjasama Ibu Bapa Untuk Kemajuan Pendidikan
3. 1974 Peranan Guru Dalam Zaman Sains dan Teknologi
4. 1975 Guru dan Pembangunan Negara
5. 1976 Pendidikan Moral Dalam Zaman Kemajuan Pendidikan
6. 1977 Dedikasi dan Disiplin Asas Kemajuan Pendidikan
7. 1978 Guru Pembentuk Generasi Akan Datang
8. 1979 Murid Sejahtera Negara Jaya
9. 1980 Pendidikan Teras Perpaduan Negara
10. 1981 Pengorbanan Guru Kejayaan Rakyat
11. 1982 Ke Arah Kecekapan Guru Dan Pendidikan Bermutu
12. 1983 Kepimpinan Berteladan Teras Pendidikan
13. 1984 Kepimpinan Berteladan Kesempurnaan Pendidikan
14. 1985 Guru dan Masyarakat Asas Kemajuan Pendidikan
15. 1986 Pendidikan Teras Nasionalisme
16. 1987 Pendidikan Ke Arah Kesejahteraan Insan
17. 1988 Guru Pengasas Budaya Membaca
18. 1989 Guru Pembina Budaya Ilmu
19. 1989 Guru Pembina Budaya Ilmu
20. 1990 Pendidikan Bermutu Masyarakat Sejahtera
21. 1991 Ke Arah Pendidikan Cemerlang
22. 1992 Guru Cemerlang Teras Kejayaan Wawasan
23. 1993 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
24. 1994 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
25. 1995 Permuafakatan dan Perpaduan Menjayakan Wawasan
26. 1996 Guru Malaysia Teras Pendidikan Bertaraf Dunia
27. 1997 Guru Bestari Sekolah Bestari
28. 1998 Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama
29. 1999 Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang
30. 2000 Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan
31. 2001 Memartabatkan Profesion Keguruan tanggungjawab Bersama
32. 2002 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
33. 2003 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
34. 2004 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
35. 2005 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
36. 2006 Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan
37. 2007 Guru Penjana Modal Insan Cemerlang
38. 2008 Guru Cemerlang Negara Terbilang
39. 2009 Guru Pembina Negara Bangsa
40. 2010 Guru Pembina Negara Bangsa
41. 2011 Guru penjana transformasi pendidikan negara

" Selamat Menyambut Hari Guru Ke 4o"

Download

Perutusan Perdana Menteri Malaysia
Perutusan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
Perutusan Menteri Pelajaran Malaysia


Bacaan Doa

Bacaan Perutusan Menteri Pelajaran Malaysia Oleh
Penolong Kanan HEM - Pn. Noorhayati bt. Mohd Husaini.

Bacaan Perutusan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
oleh Penolong Kanan Kokurikulum - En. Uda Yahaya b. Jamaluddin.

Ucapan Wakil Murid SK Sayong.

Ucapan Guru Besar SK Sayong.

Murid-murid SK Sayong.

Guru-guru menyanyi lagu "Guru Malaysia".

Aktiviti hari Guru - Bola Tampar.

Pasukan bola tampar SK Sayong.

Perlawanan Bola tampar antara pasukan.

Persembahan Murid.

Persembahan Murid.

Persembahan Murid.

Persembahan Murid.

Persembahan Murid.

Persembahan Murid.

Persembahan Murid.

Persembahan Murid.

Persembahan Murid.





Read More......
16 Mei 2011 Posted in | |




Pertandingan eureka REEE di SK Sultan Idris II

Sekolah Kebangsaan Sayong telah menghantar 4 orang murid tahun 5 untuk menyertai pertandingan eureka REEE yang telah diadakan di SKSI II, Kuala Kangsar. Masa pertandingan ini diadakan selama 5 jam. Pasukan sekolah SKS telah membuat persediaan awal dan latihan selama seminggu sahaja. Walaupun pasukan sekolah kurang latihan dan tidak memberi tumpuan semasa guru pembinbing memberi penerangan. Mereka Berjaya mendapat Naib Johan. Terdapat 4 sekolah yang telah menyertai pertandingan ini terdiri SK Sultan Idris II, SK Lasah, SK Sayong dan SK Clifford. Guru-guru SKS mengucapkan Tahniah di atas kejayaan mendapat tempat Naib Johan di dalam pertandingan . Johan telah dimenangi oleh SK Sultan Idris II. Sekalung tahniah sekali lagi, diucapkan buat peserta-peserta pertandingan eureka dan juga tahniah buat pengurus pasukan, En. Mohamad Tajuddin dan Cik Salasiah kerana membimbing kepada pasukan SKS berjaya dalam pertandingan eureka dan akan buat lebih baik pada masa akan datang.


Peserta-peserta Pertandingan EUREKA SK Sayong:-

1. Mohd Farid b. Mohd Yunus (K)

2. Mohd Loqman b. Zamri

3. Izzah Salimah bt. Amran

4. Hanis Normaisyara bt. Radzuan


Pembimbing

1. En. Mohamad Tajuddin b. Puteh Ariffin

2. Cik Salasiah bt, Zainuddin


Gambar-gambar peristiwa semasa pertandingan.


Menyiapkan tapak dan model rumah.


Model rumah hampir siap.


Menyiapkan bumbung dan memasang solar di atas bumbung rumah.


Menyiapkan hasil pembentangan sebelum sesi soal jawab oleh hakim.


Model rumah pandangan hadapan.


Hasil reka dalaman pandangan atas.


Hasil reka dalaman kawasan dapur dan tandas.


SK Clifford.


SK Sultan Idris II.


SK Lasah.


SK Sayong.


Sesi Soal jawab SK Sultan Idris II oleh hakim pertandingan.


Sesi Soal jawab SK Clifford oleh hakim pertandingan.


Sesi Soal jawab SK Lasah oleh hakim pertandingan.


Pasukan SK Sayong sedang mengambil Hadiah dan sijil.


SK Sayong mendapat naib johan dalam pertandingan eureka

peringkat Daerah Kuala Kangsar 2o11.

Read More......
Posted in | |