Memaparkan catatan dengan label k. Panduan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label k. Panduan. Papar semua catatan

LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN

Keselamatan bilik sains
1. Memastikan keadaan Bilik sins selamat digunakan
2. Mendedahkan maklumat keselamatan makmal kepada murid

Pelan laluan kecemasan
1. Menyediakan pelan laluan kecemasan dengan jelas dan mudah difahami
2. Mempamerkan pelan laluan kecemasn di bilik sains
3. Mengadakan latihan kecemasan untuk mengenalpasti pelan laluan kecemasan

Alat pemadam api/pondok pemadam api
1. Memastikan alat pemadam api tersebut ada ditempat-tempat tertentu
2. Memastikan alat tersebut dalam keadaan baik dan selamat digunakan
3. Mengadakn latihan untuk memahirkan penggunaan alat pemadam api (selimut penahan api, baldi berisi pasir)

Jika ada kebakaran
1. Hebahkan kebakaran kepada umum
2. Arahkan murid ke tempat lapang dan selamat mengikut pelan laluan kecemasan.
3. Usaha memadam kebakaran dengan alat pemadam api dalam masa yang sama dapatkan perkhidmatan bomba.

PERTOLONGAN CEMAS

Semasa menghadapi kecemasan
1. Setiap kemalangan yang berlaku dalam Bilik Sains hendaklah dilaporkan dengan segera.
2. Guru mengambil tindakan segera serta mengawal keadaan.
3. Memberi bantuan dan rawatan awal jika perlu
4. Melaporkan kepada pentadbir sekolah atau pihak-pihak tertentu jika perlu

Mata dimasuki benda asing
1. Tegah murid daripada menggosok mata yang dimasuki benda asing
2. Arahkan murid supaya membuka dan menutup matanya di dalam air mengalir dan bersih untuk mengeluarkan benda asing.
3. Sekiranya gagal, bawa murid ke hospital

Renungan :

“Seseorang guru itu menerusi pemikiran, menjadi seseorang yang lebih terdidik, orientasinya bertukar dan kelakuannya (mengajar) menggambarkan dirinya.”

Reid,L. A. 1962

Read More......
19 Februari 2009 Posted in | |

PANDUAN BAGAIMANA MENINGKATKAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATA PELAJARAN SAINS

MATLAMAT
Pembelajaran mata pelajaran sains ini dijalankan adalah bertujuan untuk membolehkan murid mencari jawapan secara bersistem untuk mengatasi kemahiran proses sains terutamanya dalam soalan UPSR di kertas bahagian B.

OBJEKTIF
1. Memperolehi pengetahuan asas sains dan teknologi dan dapat menghubungkaitkan pengetahuan ini dengan fenomena alam semulajadi dan pengalaman harian.
2. Memperolehi kefahaman fakta dan konsep sains bagi membantu mereka memahami diri sendiri serta alam sekeliling dengan berkesan.
3. Menguasai kemahiran saintifik iaitu kemahiran proses sains berasaskan pendekatan inkuiri penemuan.
4. Meningkatkan keyakinan dan motivasi murid.
5. Meningkatkan pencapainan akademik murid.
6. Mengurangkan jurang pencapaian antara murid lemah dengan murid yang pandai.
7. Meningkatkan kadar penyertaan murid daripada keluarga miskin pada peringkat pendidikan yang lebih tinggi.


KELEMAHAN-KELEMAHAN YANG DAPAT DIKESAN DALAM MATA PELAJARAN SAINS.

1. Tidak memahami kehendak soalan terutamanya dalam soalan bahagian B.
2. Lemah dalam membuat penyelesaian soalan mengikut kehendak kemahiran proses sains.
3. Tidak memahami cara menjalankan eksperimen.
4. Masih tidak memahami sebahagian tajuk yang dipelajari.
5. Tidak memahami teknik menjawab soalan.
6. Tidak memahimi istilah sains.


MENGATASI MASALAH YANG DIHADAPI OLEH MURID.

1. Penekanan kepada kemahiran proses sains di bahagian B sahaja.
2. Ulangkaji – latihan menjurus kepada soalan-soalan UPSR.
3. Latih tubi dalam soalan di bahagian B terutamanya berkaitan dengan kemahiran proses sains.
4. Istilah sains diberi penekanan utama semasa pembelajaran dan pengajaran dijalankan.
5. Menjemput penceramah jemputan untuk menerangkan format UPSR Sains bahagian B.

Read More......
17 Februari 2009 Posted in | | 0 Comments »