Memaparkan catatan dengan label a. Pendahuluan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label a. Pendahuluan. Papar semua catatan

Gambar-gambar guru dan murid-murid di sekolah lama.












Read More......
06 September 2009 Posted in | |

Gambar-gambar pemandangan di sekitar Sekolah Kebangsaan Sayong.


Read More......
Posted in | |







-->
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh
dan salam sejahtera,Bersyukur ke hadrat Ilahi dengan keizinan-Nya maka terbinalah sebuah laman web Panitia sains SK Sayong.
Dalam keghairahan kita berbicara mengenai teknologi maklumat dan komunikasi, sudah tentu kita tidak mahu ketinggalan dalam era globalisasi ini.
Justeru itu, usaha membangunkan laman web ini diharap dapat menyalurkan informasi terkini berkaitan sekolah dan Panitia Sains kepada para pengunjung dengan cepat. Saya amat mengalu-alukan penyertaan semua pihak untuk berinteraksi, berkongsi idea dan bertukar-tukar pandangan serta cadangan untuk memajukan lagi SKS.
Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas.
Semoga dengan adanya ruangan ini, diharap dapat mengeratkan hubungan antara sekolah dan masyarakat. Akhir kata, salam hormat dan selamat melayari laman web Panitia ini.
"Ilmu Suluh Hidup"
Salam Ikhlas daripada
















EN. AZIMAN B. ABU BAKAR
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Sayong,
33040 Kuala Kangsar,
Perak.

Read More......
25 Mei 2009 Posted in | |










Sejarah SK Sayong


SEKOLAH
KEBANGSAAN SAYONG telah di asaskan pada tahun
1895 oleh Datok
Penghulu Sayong, pada masa itu sekolah ini di
tempatkan di Balai Penghulu di Kampung Kata
( Tebing ) sejauh
lebih kurang 1.5 Km dari tapak bangunan sekarang. Kerana gangguan

banjir yang berlaku dalam tahun 1897 sekolah asal ini telah
dipindahkan ke tapak baru
(1898) yang sekarang ini tapak tersebut
telah didirikan bangunan TADIKA KEMAS.

Sikap perihatin penduduk kampung terhadap pendidikan dan
masa depan anak-anak
mereka, satu bangunan sekolah sementara
berukuran 20 x 20 telah berjaya didirikan secara
bergotong royong.
Pada tahun 1907 kerajaan telah mendirikan sebuah bangunan separuh

kekal berukuran 20 x 44 kaki. Untuk menampung bilangan murid yang
semakin bertambah
dari tahun ke tahun maka pada 1920 sebuah
lagi bangunan separuh kekal berukuran 24 x 60
kaki telah didirikan.
Malangnya kedua-dua bangunan ini telah dihanyutkan oleh banjir pada

tahun 1926.

“Bulat Air Kerana Pembentung, Bulat Manusia Kerana Muafakat”
Kata-kata keramat ini
telah berjaya menaikkan semangat masyarakat
setempat dengan jawatankuasa sekolah
untuk membina semula
sebuah bangunan sementara berukuran 30 kaki x 60 kaki di tapak

asalnya untuk anak-anak mereka meneruskan persekolahan. Bangunan
sementara ini telah
siap dibina pada tahun 1938. Pada 1954 didirikan
sebuah bangunan sementara untuk aliran
Inggeris dan sebuah
rumah guru. Walau bagaimanapun pada 1959 kelas aliran Inggeris

ditutup dan kedua-dua bangunan ini dijadikan bilik darjah untuk
aliran kebangsaan.
Pertambahan murid terus meningkat maka
pada 1957 sebuah lagi bangunan beserta dengan
bilik pertukangan
didirikan. Pada 1958 kelas pertukangan ditutup dan dijadikan
bilik darjah.
Pertambahan murid memang meningkat dari tahun
ke tahun, mulai hanya 16 orang
murid pada masa mula sekolah
ini ditubuhkan dengan seorang guru yang dikenali sebagai
Che Itam
yang berasal dari Pulau Pinang, bertambah ke 40 orang dengan
2 orang guru pada
1902. Ketika itu murid-murid sekolah ini terdiri
dari kalangan murid lelaki sahaja. Kehadiran
murid perempuan
ke sekolah ini bermula dari tahun 1922. Bilangan murid di sekolah ini

sehingga ke tahun 1950, telah meningkat kepada 450 orang.

Di bawah Rancangan Pembangunan Malaysia Ketiga, kerajaan telah
meluluskan
pembinaan bangunan tiga tingkat yang mengandungi
10 bilik darjah, 2 bilik pelbagai guna,
pejabat, bilik guru, tandas,
kantin, bekalan air dan elektrik, padang permainan serta pagar di

satu kawasan baru seluas 5 ekar. Bangunan baru ini dibiayai di
bawah Projek Pinjaman Bank
Dunia dengan anggaran perbelanjaan
RM 331,500,00. Kerja-kerja pembinaan dimulakan
pada
1 March 1978, siap dan diserahkan kepada pihak sekolah pada
24 September 1979.
Pada 5 Oktober 1979 murid-murid mula
belajar ke bangunan baru ini.
Bangunan sekolah yang baru ini
telah dibuka dengan rasminya oleh yang Amat
Berhormat Dato'
Seri Wan Mohamed bin Hj. Wan Teh Menteri Besar Perak pada
Sabtu 19
September 1981. Kini usia Sekolah Kebangsaan Sayong
telah mencapai lebih satu abad( 113 tahun ),
Rebah bangun
dalam menongkah hari, Keunggulannya bermula dengan suka
duka anak
watan. Segala rintangan harus dilepasi, muafakat
sentiasa dipupuk. Bercogan kata “ILMU
SULUH HIDUP”
menjadi perangsang kepada generasi kini dan selamanya,
sinar kegemilangan sentiasa dikejar. Anak kelahiran SKS ditebar
ke seluruh alam untuk mencari
kecemerlangan. Namum SKS
tak melupakan jasa-jasa generasi lalu. Semoga Allah jua yang

mencucuri rahmat kepada mereka yang telah berjasa kepada
sekolah ini,
SEKOLAH KEBANGSAAN SAYONG TERBILANG.

(Sumber
Dipetik dan diubahsuai daripada Kajian Tempatan Th 6/2002 )




Read More......
20 April 2009 Posted in | | 0 Comments »

Pendahuluan


Matapelajaran Sains adalah salah satu matapelajaran yang amat penting di zaman serba mencabar ini. Penyataan ini bukanlah bermakna matapelajaran lain tidak penting dewasa ini. Tetapi, dalam zaman Sains & Teknologi ini, Sains dan Matematik perlu diberi penekanan yang lebih teliti agar dapat merealisasikan Falsafah Pendidikan Negara dan seterusnya Wawasan 2020. Apa yang penting sekarang ini, adalah menanamkan minat serta kesungguhan murid terhadap sesuatu matapelajaran itu sendiri.

Pembelajaran berlaku apabila rangsangan diproses oleh otak seseorang yang akan menyebabkan perubahan tingkah laku atau tindakan. Sebagai seorang guru, amatlah perlu memahami bagaimanan murid dapat belajar Sains dengan pelbagai cara, gaya, tanggapan dan sikap untuk memastikan pengajaran yang berkesan. Adalah menjadi kebiasaan bagi murid-murid, inginkan keseronokan sepanjang masa. Ekoran dari itu, program ini diadakan untuk mengkaji kaedah-kaedah yang sesuai dengan minat dan kecenderungan murid.

Motto

" ILMU PEMANGKIN KECEMERLANGAN"

Visi
Melahirkan pelajar cemerlang melalui persekitaran pembelajaran yang harmoni,
sahsiah terpuji dan pendidikan berkualiti disamping celik IT.


Misi

¢ Membolehkan murid mendapat pengetahuan dan menguasai kemahiran asas Sains.
¢ Meningkatkan keupayaan Kemahiran Saintifik dan Kemahiran Berfikir kepada murid serta untuk membangunkan diri sesuai dengan perkembangan Sains & Teknologi masa kini.
¢ Memberi keseronokan dalam proses P&P yang dijalankan.

Objektif

¢ Mendedahkan murid kepada pengetahuan asas Sains.
¢ Memberi pendedahan yang lebih meluas dalam gerak kerja secara berkumpulan dan inkuiri penemuan.
¢ Mewujudkan interaksi yang berkesan di antara murid - murid serta murid - guru.
¢ Memberi peluang murid meneroka persekitaran dan diri sendiri.
¢ Meningkatkan tahap pemahaman murid secara inkuiri supaya pembelajaran menjadi lebih berkesan khususnya dalam pemahaman konsep, penguasaan kemahiran saintifik dan nilai-nilai murni.
¢ Melahirkan murid yang meminati Sains dan Teknologi.

Read More......
12 Februari 2009 Posted in | | 0 Comments »