Tumbuhan, nama saintifik dan kegunaannya.
1. Roselle ataupun juga dipanggil asam paya, asam kumbang dan asam susur merupakan tumbuhan daripada spesies Hibiscus sabdariffa L. Roselle mempunyai keluarga yang sama dengan bunga raya (Hibiscus rosasinensis). Tumbuhan roselle dikatakan berasal dari India tetapi ada juga pendapat yang mengatakan Roselle berasal dari Afrika Barat.
Di negara ini, roselle ditanam secara komersial oleh pekebun kecil di Terengganu atas tanah bris dan berkembang di beberapa kawasan di Johor. Kaliks atau kelopak dari bunga roselle boleh diproses untuk mengeluarkan jus minuman, jem dan jeli. Ia mengandungi kandungan vitamin C( asid askorbik ) yang tinggi iaitu sebanyak 260-280 miligram(mg) bagi setiap 100gram(g) kaliks kering. Selain itu,setiap 100g kaliks segar mengandungi 2.85 ug vitamin D, 0.04 mg vitamin B1, 0.06 vitamin B2 dan 0.05 mg vitamin B2 kompleks.Roselle merupakan tanaman semusim dengan pokok bersaiz renik dan boleh tumbuh pada ketinggian 205 sentimeter ( sm ).
2. Pokok Lilipan : Nama Saintifiknya : ( Pedilanthus Tityhymalodies (L) Poit )
Nama Daerah : Lilipan .
Khasiatnya : Getah pokok Lilipan adalh beracun. Oleh itu ianya digalakkan untuk kegunaan luar sahaja. Getah Lilipan dibahagian daunnya baik untuk menghilangkan bengkak, patah tulang, luka berdarah, mengurangkan pembengkakan bisul. Malahan, apabila digigit lipan, getah yang diperoleh daripada daunnya boleh disapu pada bekas gigitan lipan tersebut untuk menghilangkan bengkak.
3. Lengkuas : Nama Saintifiknya : (Alpinia galangal Swartz)
Famili : Zingiberaceae
Khasiatnya : Rizom daripada lengkuas digunakan untuk merawat penyakit berkaitan penghadaman,ciritbirit dan rasa sejuk badan; selain merawat demam yang berulang-ulang. Rizom yang dibentuk menjadi kapsul digunakan untuk melegakan mabuk laut dan mabuk darat. Lengkuas juga digunakan untuk merawat brokitis disebabkan keupayaannya untuk mencairkan kahak.
4. Tembaga Suasa. Nama Saintifikntya : (Crinum asiaticum.)
Khasiatnya : Biasanya digunakan untuk merawat bengkak,terseliuh dan tersalah urat.
5. Avocado : Nama Saintifiknya : ( Persea Americana Mill)
Famili : Lauraceae
Khasiatnya : Daun avocado yang matang boleh diminum untuk menurunkan tekanan darah tinggi, menyembuhkan lemah buah pinggang dan membekalkan tenaga. Buahnya baik untuk membekalkan tenaga,tekanan darah tinggi dan baik untuk kesihatan kulit.
6. Vanilla : Nama Saintifiknya : Vanilla planifolia
Khasiatnya : Biasanya digunakan didalam masakan dan pewangi bahan kosmetik.
7. Halia : Nama Saintifiknya :( Zingiberaceae officinale Rosc.)
Famili : Zingiberaceae.
Khasiatnya : Halia digunakan oleh wanita baru bersalin untuk membuang andin dan memanaskan badan. Halia tua boleh digunakan untuk tulang sengal dan terseliuh. Sejenis halia yang hidup di China boleh dijadikan penawar untuk penyakit atritis dan reumatisme.
8. Kunyit : Nama Saintifiknya : ( Curcuma domestica Val.)
Famili : Zingiberaceae
Khasiatnya :Digunakan untuk merawat masalah pembuangan air kencing yang kerap, membuang angina, penyakit kulit dan bengkak-bengkak serta luka-luka kecil.
9. Pegaga : Nama Saintifiknya : ( Centella asiatica (L) Urban.
Famili : Apiaceae Umbelliferae
Khasiatnya : Awet muda, menguatkan daya ingatan, digunakan juga untuk penyakit kusta, ulser, luka dan batuk kering..
Hamster
Cuaca Ipoh
Kandungan
- a. Pendahuluan (5)
- b. Kertas kerja (1)
- c. Aktiviti/Program (29)
- d. Motivasi (7)
- e. Keratan (7)
- f. Carta Organisasi (2)
- g. Kajian (2)
- h. Taklimat (3)
- i. Pautan (1)
- j. Senarai tugas (1)
- k. Panduan (2)
- l. Muat Turun (6)
- m. Soalan (3)
- n. Peta (1)
- o. Permainan (1)
- p. UPSR 2011 (2)
- q. Bulan Sains (4)
- r. Aktiviti Sains (5)
- s. Kerja Rumah (2)
- t. Peperiksaan (3)
Selamat datang
Masa itu emas
Kalendar Islam
TAJUK : BULAN SAINS
TEMA: TO KNOW SCIENCE IS TO LOVE SCIENCE
1.0 PENGENALAN
Bulan Sains ini dianjurkan oleh Persatuan Sains Sekolah Kebangsaan Sayong dengan kerjasama Pusat Sumber Sekolah dan juga Panitia Sains. Memandangkan peratus keputusan peperiksaan PKSR1 tahun 2009 bagi mata pelajaran Sains kurang memuaskan, Panatia Sains telah merancang beberapa program untuk meningkatakan peratus kelulusan mata pelajaran tersebut, salah satunya ialah dengan menganjurkan Bulan Sains yang dikelolakan oeh Persatuan Sains.
2.0 OBJEKTIF
2.1 Menarik minat murid kepada matapelajaran Sains.
2.2 Mamantapkan penguasaan Bahasa IngerĂs dalam penggunaan istilah sains dalam Bahasa Inggeris
2.3 Membina keyakinan dan ketrampilan diri dalam sebarang aktiviti Sains.
2.4 Mengembangkan minda murid dengan aktiviti pertandingan yang diadakan.
3.0 MATLAMAT
Selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara bagi melahirkan pelajar yang kreatif, kritis dan Inovatif dalam pelbagai bidang, disamping memberi pendedahan kepada pelajar kepentingan Sains dalam kehidupan seharian mereka.
4.0 SASARAN
4.1 Murid prasekolah SK Sayong
4.2 Murid tahap 1 SK Sayong
4.3 Murid tahap 2 SK Sayong
5.0 TARIKH PELAKSANAAN
2 Julai sehingga 2 Ogos 2009
6.0 ANJURAN BERSAMA
6.1 Persatuan Sains SK Sayong.
6.2 Panitia Sains SK Sayong.
6.3 Pusat Sumber SK Sayong.
7.0 JAWATANKUASA PROGRAM
Penasihat : En. Abd. Rahaman b. Mohamed Shah
Pengerusi : Tn. Hj. Mat Amin b. Ahmed Halim
Penyelaras : En. Mohd Tajuddin b. Puteh Ariffin
Setiausaha : En Mohd Khairul Naim b Shariff
Bendahari : Cik Norasmidar bt. Mohamed Nasaruddin
AJK : Pn. Rosita bt. Ismail
: Pn. Norhayati bt. Murad
: Cik Salasiah bt. Zainudin
: Pn. Noraini bt. Ibrahim
8.0 JADUAL AKTIVITI
Aktiviti | Tarikh | Huraian aktiviti | Guru yang terlibat |
Colour me (kindergarden) | 6-10 Julai 2009 | Pertandingan mewarna khas untuk prasekolah. | Pn Azian bt Abd Rahim En Mohd Khiri b Masbol |
Hide and seek (Yr 1) | 6-10 Julai 2009 | Pertandingan mencari haiwan tersembunyi. | Pn Rosita bt Ismail |
Quiz (Yr 2, Yr 3, Yr 4, Yr 5 & Yr 6) | 13-17 Julai 2009 | Kuiz mengenal sains sebagai pendedahan kepada murid untuk meminati sains. | Cik Norasmidar bt Mohd Nasaruddin Pn Noraini bt Ibrahim Pn Norhayati bt Murad |
Istilah Sains (yr 3, yr 4, yr 5 & yr 6) | 13-17 Julai 2009 | Guru bertugas akan membaca atau menulis istilah sains di perhimpunan pagi. Murid-murid akan salin di dalam buku. | Guru bertugas En Mohd Khairul Naim b Sharif |
Scrap book (Yr 4, 5 and 6) | 6-31 Julai 2009 | Penghasilan buku Skrap secara berkumpulan (5 orang dalam satu kumpulan) berdasarkan kepada tajuk: 1- solar system 2- Food chain and Food Web 3- Life processes 4- Materials | 1- En Mohd Tajuddin b Puteh Ariffin. 2- Cik Norasmidar bt Mohd Nasaruddin 3- Pn Norhayati bt Murad 4- Cik Salasiah bt Zainuddin 5- Pn Rosita bt Ismail 6- En Mohd Khairul Naim b Sharif |
Science’s exhibition | 28-30 Julai 2009 | Tema pameran: To know science is to love science. Diadakan di makmal sains. Antara eksperimen yang akan dipersembahkan: 1- acid and alkali 2- circuit 3- magnet 4- measurement 5- video - planet 6- slide presentation | 1- En Mohd Tajuddin b Puteh Ariffin. 2- Cik Norasmidar bt Mohd Nasaruddin 3- Pn Norhayati bt Murad 4- Cik Salasiah bt Zainuddin 5- Pn Rosita bt Ismail 6- En Mohd Khairul Naim b Sharif |
Paracut Competetion - Terbuka utk ahli Persatuan Sains | 22 Julai 2009 | Pertandingan ini diadakan pada hari Rabu semasa kegiatan kokurikulum. | 1- En Mohd Tajuddin b Puteh Ariffin. 2- Cik Norasmidar bt Mohd Nasaruddin 3- Pn Norhayati bt Murad 4- Cik Salasiah bt Zainuddin 5- Pn Rosita bt Ismail 6- En Mohd Khairul Naim b Sharif |
Penyampaian hadiah | 3 Ogos 2009 | Diadakan pada hari perhimpunan | |
9.0 PENUTUP
Adalah diharapkan dengan adanya Bulan Sains ini dapat meningkatkan kesedaran murid–murid kepentingan Sains dalam kehidupan seharian mereka dan seterusnya akan meningkatkan peratus kelulusan Sains di kalangan murid-murid Sekolah Kebangsaan Sayong.
Disediakan oleh,
(En. Mohd Tajuddin b. Puteh Ariffin)
Penyelaras Program Bulan Sains 2009,
Persatuan Sains
UPSR 2014
Info sains
Percaya atau tidak badak air mempunyai badan yang besar. Tapi sebenarnya takut digigit oleh serangga. serangga seperti nyamuk,lalat, kutu dan pepijat suka menggigit kulit dan menghisap darah badak air. Gigitan serangga boleh menyebabkan seluruh badan badak air sakit dan gatal. Oleh sebab itu, badak air suka merendamkan badanya di dalam lumpur untuk menghilangkan atau mengelakkan dirinya daripada digigit.
" Mengapa kita bernafas melalui hidung bukan dengan mulut?
Kanak-kanak suka bernafas dengan mulut, sebenarnya amalan ini tidak bagus untuk kesihatan. Menurut doktor, kita patut bernafas dengan hidung. Semasa kita bernafas melalui hidung, udara yang kita kita sedut setiap hari mengandungi habuk dan bakteria. Fungsi bulu hidung yang terdapat dalam hidung adalah menyaring habuk atau bakteria yang masuk ke dalam peparu. Jika kita bernafas dengan mulut, habuk dan bakteria akan masuk ke dalam kerongkong, peparu dan akhirnya mengakibatkan mulut kering.
Catatan Popular
-
Kuiz Sains dan Matematik 1. Apakah satu penemuan dunia yang paling penting dan pertama kali digunakan sekitar 5500 tahun yang lalu? Roda 2. ...
-
28 Sep 2010, 11:38 AM | Sains dan Teknologi Oleh MOHD. FADZLY MOHD. IZAB ASTRO TVIQ melancarkan sebuah program baru menggabungkan elemen p...
-
Pendahuluan Matapelajaran Sains adalah salah satu matapelajaran yang amat penting di zaman serba mencabar ini. Penyataan ini bukanlah be...
-
SENARAI TUGASAN KETUA PANITIA 1. Memahami kandungan Huraian Sukatan Sains (HSP) setiap tahun. 2. Memastikan perancangan dan pelaksanan penga...
-
Bank Soalan - SK Felda Tenggaroh 6 BANK SOALAN UPSR A.) Bahasa Melayu Percubaan UPSR BM 2009 (Sarawak) Percubaan UPSR Pemahaman 2009 (...
-
Pertandingan eureka REEE di SK Sultan Idris II Sekolah Kebangsaan Sayong telah menghantar 4 orang murid tahun 5 ...
-
KERTAS CADANGAN PROGRAM SCIENCE EXPLORACE 1.0 TUJUAN Kertas cadangan ini dihasilkan untuk memohon sokongan dan kerjasama daripada semua piha...
-
KERTAS CADANGAN PROGRAM SCIENCE EXPLORACE 1.0 TUJUAN Kertas cadangan ini dihasilkan untuk memohon sokongan dan kerjasama daripada semua piha...
-
PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN TARIKH : 11.5.2010 Selamat membuat ulangkaji pelajaran dan semoga-moga berjaya menjawab soalan-soalan peperiks...
-
Bulan Sains Dan Matematik 1. Tarikh / Masa : 3 April hingga 30 April 2011 ...